Analisis: Matthijs de Ligt, Pertahanan Total Idaman Barcelona Dan Kelab Besar Lain

Pada usia 19 tahun, pertahanan total sudah dikaitkan dengan kelab besar seperti Barcelona, Manchester City, Real Madrid dan banyak lagi. Dan beliau juga sudah menjadi benteng pertahanan kepada pasukan Belanda.

Musim lalu, pada usia 18 tahun beliau sudah menjadi pemain utama dalam pasukan Ajax. CEO Ajax, Edwin Van der Sar menganggap De Light sebagai bakat elit dan cepat matang.

“Beliau seperti sudah melakukan semua ini (bermain peringkat profesional) selama 6 ataupun 7 tahun.”

“Beliau remaja yang sudah memiliki kondisi fizikal seorang pemain berusia 24 tahun.”

“Beliau mampu menggunakan kedua-dua belah kakinya dengan baik. Boleh menghantar bola dengan baik, bagus ketika di udara, boleh menjaringkan gol dan seorang yang memiliki kepimpinan di belakang.”

De Ligt pemain pertahanan yang berketinggian 1.88 meter. Beliau membantu kelabnya menjadi naib juara Europa League pada 2 musim yang lalu dan menjadi bek tengah utama negaranya bergandingan dengan Van Dijk.

Salah seorang rakannya Davinson Sanchez, telah dijual ke Spurs dengan nilai €40 juta. Ajax juga sudah melepaskan Kluivert ke AS Roma.

Oleh itu banyak kelab merasakan usaha mendapatkan De Ligt adalah cerah kerana polisi perpindahan Ajax.

Namun musim lalu beliau bertenang dengan segala khabar angin kerana bagi dirinya, dia masih terlalu muda untuk tergopoh-gapah berpindah dari Ajax yang memberikan beliau minit perlawanan yang banyak.

Pertahanan total

Dalam bola sepak moden, pengurus mahukan pemain yang digelar pertahanan total. Pemain yang boleh bertahan, boleh bermain dengan bola di kaki dengan baik serta memiliki keupayaan untuk menghantar bola.

Ini adalah statistik beliau pada musim lalu.

De Ligt adalah tipikal pertahanan total yang pastinya menjadi pilihan terbaik untuk pasukan seperti Man. City dan Barcelona.

2 pasukan yang menggunakan sistem berasaskan binaan serangan daripada blok rendah.

De Ligt memiliki pemikiran taktikal yang sangat baik. Cepat memerhatikan corak permainan lawan terutama sekali pemain serangan lawan.

Ketika menentang Jerman, beliau memberikan malam yang sukar kepada pemain seperti Werner.

Apabila dalam keadaan dengan bola, De Ligt pemain yang sangat tenang. Membantu pasukannya mengitar semula bola dengan lancar dan efektif.

https://twitter.com/coachdogge/status/1051055694395449350

Beliau juga seorang yang tahu masa yang sesuai untuk naik ke atas membantu pemain serangan.

Kepimpinan dan kekuatan mental

Pada usia muda, De Ligt sudah memiliki nilai kepempimpinan yang tinggi. Beliau seringkali mengambil sedikit masa untuk bercakap di bilik persalinan dan semua orang akan mendengarnya. Itu diakui oleh rakannya Max Wober.

Di dalam padang, beliau seorang yang sangat kuat secara fizikal.

Dia seorang yang ada ciri-ciri pertahanan klasik di mana beliau tidak teragak-agak untuk melakukan bentesan. De Ligt menajamkan aspek bentesannya supaya ia tidak kotor.

Bekas pengurus Ajax, Frank De Boer menganggap De Ligt serba serbi lengkap sebagai pertahanan dan pemain pertahanan yang seronok untuk anda tonton.

De Boer juga menyatakan perkara yang sama dengan Van der Sar di mana pemain ini sangat matang. Pada usia belasan tahun beliau mampu berkomunikasi dengan berkesan dengan para pemain senior.

“Ramai pemain muda tak mampu melakukannya. Namun pembangunan Matthijs ini agak luar biasa.”

Adik Frank De Boer, Ronald De Boer adalah orang yang bertanggungjawab membentuk De Ligt dan dipersiapkan sebagai pemain pasukan utama.

De Ligt seorang yang sangat rajin berlatih. Beliau mempertajamkan aspek pertahanan dan kemudian melakukan latihan tambahan untuk taktikal.

Misalnya aspek gerakan dan bukaan langkah yang sesuai ketika berlari untuk memaksimumkan kadar kepantasan lariannya. Ini secara tak langsung meningkatkan aspek kelincahannya.

Ajax juga membangunkan aspek mentaliti pemain ini supaya selari dengan pembangunan fizikal beliau yang pesat. Jadi, anda akan melihat dia tak seperti seorang remaja.

Tak hairanlah De Ligt menerima panggilan kebangsaan pertama pada usia 17 tahun di bawah Danny Blind. Pemain paling muda melakukan debut untuk Belanda sejak Mauk Weber pada 1931.

Namun debut beliau dalam perlawanan menentang Bulgaria adalah satu tragedi. Membuatkan Danny Blind dikritik kerana menurunkan beliau.

2 kesilapannya memberikan 2 gol kepada Bulgaria. Belanda kalah ketika itu. De Ligt digantikan terus pada separuh masa kedua.

Kritikan ke atasnya sangat teruk. Penyokong Belanda terlalu marah dengan kegagalan mereka ke Piala Dunia sehingga lupa pemain ini baru 17 tahun dan perlukan sokongan.

De Ligt seorang yang sangat kuat secara mentaliti. Beliau tidak terkesan dengan kritikan itu sebaliknya lebih bermotivasi untuk membuktikan keupayaannya.

Hari ini, anda buka media sosial, berlambak pujian dihamburkan kepada De Ligt termasuk khabar angin mengaitkan beliau dengan pasukan besar terutama sekali Barcelona.

Kontrak semasa beliau masih ada sehingga 2021.

Namun berdasarkan rekod sebelum ini, connection antara Ajax dan Barcelona sangat kuat. Adakah De Ligt akan ke sana mengikut jejak langkah legenda Ajax yang lain?

Tetapi buat masa ini, inilah jawapan Del Ligt:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN