Matthew Davies Sahkan Dirinya Kekal Bersama Pahang FA

LIga Malaysia

Pemain berdarah kacukan Australia dan Malaysia, Matthew Davies sah akan kekal bersama pasukan Pahang FA bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri melalui muat naik ringkas di IG story pada hari ini.

“Hanya untuk mengesahkan [perkara ini] sekali lagi. Saya akan kekal bersama Pahang untuk musim 2020,” ujar beliau.

“Saya sudah tiba di Kuantan dan sudah tidak sabar untuk bermula [latihan dan musim baharu]”

Sebelum ini masa depan bek kanan negara ini bersama Pahang sering kali menjadi tanda tanya dan bahan spekulasi penyokong di media sosial.

Malah beliau turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan lain di Liga Malaysia seperti Terengganu FC sebelum ini.

Di manakah Dollah Salleh? Sumber: Pahang FA, Facebook.

Selain daripada Matthew Davies, status Dollah Salleh sebagai pengendali skuad Tok Gajah turut masih menjadi tanda tanya.

Tatkala pasukan lain sudah mulai rancak menjalani latihan bagi persiapan musim baharu, kelibat Dollah Salleh tidak kelihatan sepanjang latihan yang dikelolakan pasukan tersebut setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN