Matteo Guendouzi Perlu Segera Selamatkan Karier Arsenal Beliau

Matteo Guendouzi

Alamak! Seseorang kini dalam bahaya!

Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi kini berada dalam keadaan yang bahaya selepas beliau kini seolah-olah tiada lagi dalam perancangan pengurus Mikel Arteta.

Menurut laman Goal, bekas pemain Arsenal iaitu Ray Parlour berkata perlu mengubah sikapnya untuk mendapatkan semula tempat dalam skuad Arsenal.

Hal ini kerana, Guendouzi kini tidak lagi menjadi pilihan Arteta selepas dilihat bergaduh dengan Nael Maupay selepas kekalahan memalukan Arsenal ditangan Brighton & Hove Albion.

“Matteo Guendouzi merupakan pemain yang cukup bertenanga, pemain yang cukup baik. Saya rasa ini adalah situasi di mana Mikel Arteta menggunakan kuasanya sebagai pengurus. Pengurus perlu dapatkan rasa hormat dari para pemain.”

“Beliau mungkin sudah melebihi batas, jadi sebab itulah beliau dikeluarkan dari skuad. Pada saya, pemain harus melakukan tugasnya di atas padang dengan baik, apabila mereka beraksi dengan baik maka mereka akan terlepas dari insiden tersebut.”

Guendouzi kini tidak lagi menjadi pilihan Arteta selepas insiden tersebut. Beliau dikeluarkan dari skuad Arsenal ketika mereka bertemu Southampton dalam saingan Premier League dan Sheffield United di FA Cup.

Sumber di Perancis mengatakan beliau telah memberitahu pengurus muda itu untuk meninggalkan Emirates Stadium pada musim hadapan.

Malah, Arsenal juga dikatakan bersedia untuk melepaskan beliau sekiranya ada pasukan yang membayarnya dengan harga yang memuaskan.

Baca juga artikel kami mengenai Matteo Guendouzi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram