Matteo Darmian: Marcus Rashford Mampu Raih Ballon d’Or

Matteo Darmian

Pemain pertahanan Parma, Matteo Darmian menegaskan bahawa bekas rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Marcus Rashford berkeupayaan untuk mencapai tahap tertinggi dalam karier profesionalnya.

Darmian dalam pada itu turut melihat Rashford mampu untuk bergelar pemenang Ballon d’Or serta mencapai tahap yang serupa seperti dinikmati bintang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pada ketika ini.

Rashford yang mula memecah masuk ke skuad utama Manchester United pada musim 2015/16 dilihat sudah memainkan peranan penting dan menjadi antara tonggak kekuatan pasukan juara Liga Perdana Inggeris [sejak diperkenalkan pada 1992] 13 kali itu.

Musim ini juga menyaksikan beliau telah membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai The Red Devils sebelum kancah bola sepak Eropah dan dunia terpaksa dihentikan akibat penularan wabak COVID-19.

Darmian yang pernah beraksi bersama Rashford selama empat musim sebelum berpindah semula ke Itali melihat pemain berusia 22 tahun itu mempunyai kualiti untuk mencapai tahap permainan tertinggi sekiranya dia terus bekerja keras.

Embed from Getty Images

”Saya masih ingat sesi pertama Marcus Rashford bersama skuad utama seperti ianya berlaku semalam.”

”Saya segera berfikir: ‘Wow, ini adalah seorang pemain yang luar biasa’. Dia telah melakukan banyak perkara menarik buat pemain yang seusia dengannya dan bagaimana cara dia meningkat di setiap perincian sangat mengagumkan saya,” ujar Darmian menurut laporan Goal.

”Jika dia terus berusaha seperti yang dilakukannya selama ini, dia boleh menjadi pemenang Ballon d’Or. Saya yakin dengan perkara ini.”

”Dia mengagumkan saya dan semua pemain di United dan dia sangat muda dan masih boleh meningkat.”

”Bagi saya, dia boleh mencapai tahap seperti Kylian Mbappe dan bersaing untuk mendapatkan Ballon d’Or pada tahun-tahun mendatang,” ujar Matteo Darmian lagi.

Musim ini, Rashford telah menjaringkan 19 gol dan 14 daripadanya terhasil dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Marcus Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN