3 Sebab Lothar Matthaus Cadang Gotze Ke China, Antaranya Sebab Tamak!

Lothar Matthaus memberikan 3 alasan kenapa dia mencadangkan agar Gotze ke China.

Mario Gotze dilihat agak sukar untuk mendapatkan rentak terbaik di dalam karier beliau seperti mana yang pernah beliau persembahkan sebelum ke Bayern Munich.

Mario Gotze menjadi nadi penting Dortmund untuk mengganggu dominasi Bayern Munich.

Pemain ini adalah penjaring gol kemenangan Piala Dunia untuk Jerman pada 2014. Beliau membuat perpindahan kontroversi ke Bayern pada Julai 2013.

Namun beliau gagal menjadi pemain utama di Bayern. Gotze kemudian kembali semula ke Dortmund. Pun beliau masih sukar menjadi pemain utama di sini.

1. Tidak cukup laju untuk Bayern atau Dortmund

Lothar Matthaus menyatakan Gotze terlalu lambat berlari untuk bermain dengan pasukan seperti Bayern Munich dan Borussia Dortmund yang ada pada hari ini yang bermain bola sepak intensif tinggi.

Evolusi taktikal bola sepak moden telah membuatkan beberapa kelab di dunia mementingkan aspek kelajuan dalam gerakan.

“Sebagai pemain tengah menyerang, anda perlu laju berlari. Anda bukan Xabi Alonso. Xabi Alonso adalah perancang tengah.”

“Kelajuan amat penting dalam tempo permainan pasukan.”

2. Terlalu memilih kelab besar

Lothar Matthaus juga berkata pemain ini tidak akan berjaya di kelab seperti Bayern Munich dan Dortmund.

Beliau sepatutnya mempertimbangkan untuk pergi ke kelab seperti Schalke ataupun Bayer Leverkusen sebelum ini.

Namun beliau lebih rela kembali ke Dortmund walaupun ketika itu penyokong Dortmund terang-terang masih marah dengan beliau.

Gotze mungkin tidak suka pergi bermain di kelab yang dirasakan bukan pesaing kejuaraan utama.

3. Tamak

Lothar Matthaus juga menyatakan pemain ini tidak akan ke kelab yang tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi.

Kelab seperti Schalke ataupun Leverkusen tidak mungkin mampu untuk membayar gaji pemain seperti ini.

Sedangkan kelab-kelab tadi boleh membantu beliau untuk mendapat lebih banyak bola sepak. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Chicharito.

Pergi ke China!

Jadi, Lothar Matthaus mencadangkan hanya ada satu destinasi yang sesuai untuk pemain yang terlalu takut bermain dengan kelab bukan pesaing kejuaraan iaitu dengan berkelana ke China.

Di China dia boleh memilih mana-mana kelab yang kuat dan mereka boleh membayar Gotze gaji yang tinggi dan mungkin 2 kali ganda apa yang dia dapat sekarang.

Baca juga: Penyokong Selangor: “Kami Tak Mahu Subahan Kamal Terajui FAS!”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply