Matt Davies Kekalkan Posisinya, Cheng Hoe Ada Peranan Lain Untuk Dion Cools

Matt Davies Dion Cools Malaysia Training 2021 WCQ

Sebagai pemain regular di posisi bek kanan, kemasukkan Dion Cools dijangka akan menjejaskan peluang Matt Davies untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

Sepanjang 29 kaps Matt Davies bersama skuad Harimau Malaya, beliau sentiasa mempamerkan aksi yang terbaik termasuklah ketika Malaysia tunduk 0-2 kepada Bahrain baru-baru ini, walaupun rakan sepasukan bermain di bawah tahap sebenar.

Pemain kacukan Malaysia-Australia itu sebelum ini hanya disaingi Syahmi Safari untuk posisi itu, tetapi dengan kemasukkan pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools, bagaimanakah nasibnya? Adakah beliau bakal tersisih ke bangku simpanan.

Agak sayang tidak menggunakan Matt Davies dan sangat rugi tidak memasukkan Dion Cools dengan pengalaman luasnya di Eropah. Beliau pun sudah setuju untuk bersama Malaysia. Jadi, bagaimana Tan Cheng Hoe melihat kepada situasi tersebut?

Menurut sidang video bersama pengendali skuad kebangsaan itu semalam, Cheng Hoe berkata, “Kalau ikut perkembangan dan statistik, dia [Dion Cools] boleh bermain di beberapa posisi, [iaitu] bek kanan, sayap kanan, kadang-kadang di tengah bertahan.”

“Dia juga pernah main di bek tengah dan bek kiri. Pemain utitiliti ini bagus untuk pasukan dan untuk skuad kebangsaan, kali ini kemungkinan kita akan letak dia di posisi tengah, iaitu bek tengah,” jelas Cheng Hoe tentang posisi pemain itu.

“Kerana kita tahu, selepas Shahrul Saad mengalami kecederaan, kita agak risau untuk posisi tersebut,” tambah Cheng Hoe lagi mengenai sebab pemilihan posisi itu.

Dalam dua aksi bertemu Kuwait dan Bahrain, Cheng Hoe telah menguji Irfan Zakaria sebagai gandingan baharu kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak dan ada memasukkan Junior Eldstal sebagai pemain gantian untuk menguji kombinasi mereka.

Begitupun, mungkin aksi kurang meyakinkan daripada kedua-dua pemain itu telah menyebabkan beliau mahu mencuba pemain seperti Dion Cools walaupun masih memiliki pemain lain seperti Adam Nor Azlin dan Dominic Tan untuk dicuba.

Pemain yang masih segar beraksi di pentas UEFA Champions League dan pernah menentang pasukan seperti Ajax, Manchester United dan Liverpool itu sudah tentu tiada masalah untuk bermain, cuma perlu segera untuk menyesuaikan diri.

Malaysia bakal berdepan UAE yang memiliki penyerang berbisa, Ali Mabkhout. Beliau meledak enam gol dalam dua aksi persahabatan baru-baru ini. Malah, beliau jugalah yang meledak dua gol untuk menang ke atas Malaysia pada Oktober 2019.

Cheng Hoe sudah tentu tahu betapa bahaya jika benteng skuad negara terus melakukan kesilapan individu dan kemasukkan Dion Cools yang berpengalaman luas di pentas lebih tinggi, sedikit sebanyak mampu melonjak keyakinan mereka.

Ali Mabkhout perlu dirantai dan itulah yang perlu dilakukan oleh Dion Cools jika beliau boleh diturunkan. Jelas Cheng Hoe, “Kita tidak boleh terlalu bagi tekanan yang tinggi kepada dia kerana dia baru kali pertama sertai pasukan kebangsaan.”

“Saya tidak boleh maklumkan peratusan [Dion Cools akan diturunkan menentang UAE], tapi kita akan memantau lagi dalam satu atau dua hari latihan,” tegasnya.

Baca lagi artikel lain mengenai Dion Cools dan skuad kebangsaan:

Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta ‘Penetrating Pass’

7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Dion Cools Setelah Sah Bergelar Pemain Harimau Malaya

TMJ Main Peranan Utama Yakinkan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN