Bintang Muda Benfica, Renato Sanches Sertai Mats Hummels Ke Bayern Munich

Belum pun jendela perpindahan musim panas 2016 bermula, Bayern Munich telah pun menandatangani 2 pemain baru – bintang muda Benfica, Renato Sanches dan pertahanan tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels.

Mats Hummels yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya telah manghantar surat memohon berpindah kepada Dortmund baru-baru ini.

Renato Sanches pula merupakan anggota kesebelasan utama Benfica yang melangkah ke suku akhir UEFA Champions League 2015/2016 meskipun baru berusia 18 tahun.

Renato Sanches – diburu Liverpool, Arsenal dan United

Bercakap mengenai perpindahan Sanches, Pengarah Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata:

“Renato Sanches merupakan pemain tengah yang dinamik, bagus dari segi teknikal dan defensif.”

Pada November 2015 lepas, kontrak Sanches – yang dipilih sebagai Shooting Star oleh Persatuan Bola Sepak Portugal pada musim ini – telah diperbaharui oleh Benfica.

Dalam kontraknya ia mengandungi klausa perpindahan sebanyak €45 juta. SkySports melaporkan Bayern telah membayar yuran pendahuluan sebanyak €35 juta.

Sanches yang diminati oleh Liverpool, Arsenal dan Manchester United turut pernah ditinjau oleh Barcelona yang mencari pengganti jangka masa panjang Sergio Busquets.

Bayern perlu membayar yuran bonus tambahan kepada Benfica jika Sanches terpilih sebagai pemain Pasukan Terbaik Dunia atau FIFA World Player of the Year kelak.

Hummels bagai sirih pulang ke gagang

Mengenai Hummels pula, Ruminegge berkata:

“Mats (Hummels) adalah antara pertahanan tengah berkelas dunia. Beliau akan meningkatkan kualiti kami.”

Hummels bakal menandatangani kontrak baru dengan Bayern sehingga 2021.

SkySports melaporkan Bayern telah membayar harga yang diminta oleh Dortmund, iaitu €40 juta untuk mendapatkan servis Hummels.

Hummels yang berpindah ke Dortmund pada 2009 merupakan produk akademi Bayern Munich. Bagaimanapun beliau disisihkan oleh pengurus Bayern ketika itu, Jurgen Klinsmann yang lebih menggemari Holger Badtstuber.

mats-hummels

Hummels yang menyuarakan keinginannya untuk menyertai Bayern secara terbuka pada musim ini memberitahu laman web Dortmund:

“Ini merupakan pilihan yang sukar buat saya selepas lapan setengah tahun bersama Dortmund. Saya begitu bangga menyarung jersi Dortmund ini dan merupakan sebahagian daripada kelab luar biasa ini.”

Turut menyertai Sanches dan Hummels pada musim depan adalah pengurus baru mereka nanti, Carlo Ancelotti.

Baca juga: Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN