Matic: Kalau Berterusan Seperti Ini, Kami Boleh Jadi Pencabar Kejuaraan

Matic

Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic mengakui bahawa The Red Devils memiliki kualiti yang mencukupi untuk memberikan saingan hebat dalam usaha merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Keyakinan tersebut dilaungkan selepas skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi menentang Sheffield United, awal pagi tadi.

Kemenangan ketujuh yang dicatatkan dalam saingan liga itu juga menyaksikan kelab dari Manchester tersebut kini mengumpul 23 mata untuk berada di tangga keenam, hanya kekurangan lima mata di belakang pendahulu liga, Liverpool di mana United kekurangan satu perlawanan.

Sehubungan dengan itu, Matic melihat Manchester United mampu untuk menjadi pencabar kejuaraan sekiranya momentum cemerlang dapat diteruskan.

”Saya tidak merasakan kami memulakan saingan dengan perlahan [merujuk aksi bertemu Sheffield].”

”Kami sudah menjangkakan apa yang bakal terjadi di atas padang, mereka akan pastinya menyerang berhabis-habisan. Sayangnya, kami dibolosi hasil kesilapan kecil, namun pasukan berjaya bangkit dan membalas dengan tiga gol.”

”Sangat penting buat kami untuk meraih tiga mata, ia mendekatkan lagi kami dengan pasukan teratas,” ujar Matic menurut laporan Goal.

”Mereka tidak layak sebenarnya untuk sekadar mendapat satu mata pada musim ini tetapi itulah bola sepak.”

”Sekiranya kami meneruskan momentum seperti ini, ia kadangkala akan menjadi persaingan yang sukar tetapi kami perlu membuktikan kualiti kami pada setiap perlawanan.”

”Saya percaya kami mempunyai keupayaan untuk merebut gelaran juara. Adakah kami akan muncul juara? Saya tak tahu.” tambah Matic lagi.

Kredit featured image: Rui Vieira – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

EPL: United Menang Kali Ke-10 Berturut-Turut Di Gelanggang Lawan

Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes

Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN