Matthias Sammer: “James Rodriguez Pemain Terhad, Bukan Seorang Yang Serba Boleh”

Legenda Jerman yang juga bekas Pengarah Bayern Munich, Matthias Sammer tidak yakin James Rodriguez akan berjaya di Bayern Munich sepanjang tempoh pinjaman beliau.

Menurut Sammer, James seorang yang terhad dan mudah untuk pertahanan lawan mengatasi beliau.

James Rodriguez melengkapkan perpindahan pinjaman 2 musim ke Bayern Munich dari Real Madrid. Beliau gagal memberikan impak di Santiago Bernabeu sejak menyertai kelab tersebut pada 2014.

Sammer berkata kepada Eurosport: “Dia seorang pemain yang agak terhad. Dia cuma nampak serba boleh dari khabar sahaja, kerana ramai yang mencanang beliau sebagai pemain serba boleh. Namun saya ada pandangan berbeza.”

“Saya tidak nampak di mana pemain ini boleh dikatakan serba boleh? Dia tidak boleh bermain di sayap dan sudah pastinya adalah kerana dia seorang yang kurang laju (speed).”

“Ya! Dia seorang yang sangat kreatif di dalam permainan, boleh bergerak dari sayap ke tengah, tetapi apabila cuba masuk ke byline, dia tidak cukup laju.”

“Ini akan menjadi musuh kepada produktiviti (counterproductive) kerana pemain tengah pertahanan lawan sudah pasti akan fokus kepada beliau.”

“Jika mereka (defensive midfielder lawan) merantai dia sepenuhnya dan mengikut dia ke sana ke mari, dia tidak mampu untuk melepaskan dirinya.”

Adakah anda bersetuju dengan pandangan Matthias Sammer ini? Adakah James hanya hebat kerana dicanang oleh media?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN