Mascherano Bersara, Lionel Messi Enggan Komen Soal Masa Depan

Lionel Messi mengambil keputusan untuk tidak bercakap dahulu dengan media berkenaan dengan masa depan beliau bersama skuad Argentina selepas tersingkir daripada Piala Dunia.

Argentina disingkirkan Perancis dangen jaringan 4-3 di Kazan. Lionel Messi mencatatkan 2 bantuan gol dalam perlawanan tersebut.

Wartawan ada mendengar ura-ura Messi mungkin akan bersara daripada arena antarabangsa selepas tamat Piala Dunia ini. Beliau bagaimanapun terus berlalu ketika wartawan cuba mendapatkan jawapan.

Messi sebelum ini pernah besara daripada arena antarabangsa selepas Argentina tewas dalam final Copa America di tangan Chile pada 2016. Beliau ketika itu gagal menyempurnakan penalti ketika penentuan penalti.

Rakan beliau Sergio Aguero memberitahu yang beliau akan terus komited dengan pasukan kebangsaan.

Sementara itu pemain veteran mereka, Javier Mascherano yang sudah berusia 34 tahun mengumumkan persaraan beliau daripada arena antarabangsa.

Pemain yang sudah lama menabur bakti dengan Argentina itu memiliki 147 kaps bersa Abilceleste. Beliau adalah pemain paling banyak mewakili Argentina dalam sejarah. Mascherano bekata:

“Sudah tiba masanya untuk ucap selamat tinggal. Ia sudah berakhir untuk saya. Saya berharap pemain-pemain yang lain akan menyempurnakan misi yang kami gagal hari ini pada masa akan datang.”

“Kita perlu memberikan sokongan kepada mereka. Lambat laun kejayaan itu pasti datang.”

Mascherano seperti Lionel Messi, bermain dalam beberapa final major namun terpaksa akur dan gagal menenangi sebarang kejohanan major. Tetapi beliau ada 2 pingat emas Olimpik 2004 dan 2008.

Selamat bersara daripada pentas antarabangsa Javier Mascherano.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram