Irfan Bakti: Masalah Cuaca Dan Komunikasi Himpit Sanjar Shaakhmedov

Pasukan Liga Super dan naib johan Piala Malaysia 2018, Terengganu FC ketika ini dalam Siri Jelajah di Vietnam bermula 14 Januari sehingga 17 Januari depan.

Sepanjang 4 hari itu, Terengganu FC dijangka akan mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan menentang Binh Duong FC, Troung Giang FC dan Than Quang Ninh FC.

Dalam aksi persahabatan pertama kelmarin, anak didik Irfan Bakti Abu Salim merekodkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan liga utama Vietnam (V.League 1), Binh Duong FC.

Salah seorang penjaring adalah pemain import baharu, Sanjar Shaakhmedov yang sebelum ini telah meledak dua gol ketika menang 5-3 ke atas MDB FC di Besut.

Disebalik kejayaan Shaakhmedov meledak 3 gol setakat ini, terdapat satu masalah yang membelenggu Irfan Bakti mengenainya ketika ini iaitu masalah komunikasi.

“Dia (Shaakhmedov) tidak boleh berbahasa Inggeris, dia hanya boleh bercakap bahasa Rusia, buat masa ini pemain pertahanan, Igor Zonjic sebagai penterjemahnya.

“Ketika sesi latihan dia hanya panggil ‘hoi..hoi..hoi’ sajalah dengan rakan sepasukan seolah-olah bercakap umpama ayam dengan itik,” ujar Irfan kepada Berita Harian.

Walaupun sedikit merencatkan perancangan pasukan ketika ini, namun Irfan menganggap ia hanya bersifat sementara dan akan selesai dalam masa terdekat kerana Shaakhmedov sedang menghadiri kelas bahasa Inggeris.

Foto: Terengganu FC

Dan Irfan tanpa berselindung memuji aksi yang dipersembahkan oleh pemain tengah itu yang merupakan pemain terbaik bekas kelabnya musim lalu, Lokomotiv Tashkent.

“Kami puas hati permainan Shaakhmedov biarpun pemain itu ada memaklumkan belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini selain masalah bahasa.

“Saya masih beri peluang kepadanya, mungkin dalam empat perlawanan pra-musim lagi kita akan dapat kenal siapa pemain itu sebenarnya kerana dia seorang pemain yang bagus dan berkualiti,” tambah Irfan Bakti lagi.

Pemain berasal daripada Uzbekistan itu menyertai Terengganu FC pada awal Januari dan dijangka akan menguatkan jentera tengah bersama Lee Tuck dan Thierry Chantha Bin.

Pemain tersebut dijangka akan memberi impak positif buat Terengganu FC kerana berpengalaman beraksi di pentas Piala AFC selama tiga tahun bersama bekas kelabnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN