Masa Telah Tiba Untuk Cristiano Ronaldo!

Ronaldo dan Final Eropah

Pada 12 tahun lalu Cristiano Ronaldo diberikan perhatian di pentas final sebagai seorang wonderkid.

Memakai baju no.17 kerana jersi no.7 masih milik King Figo. Final di bumi sendiri dan dikejutkan pasukan bukan pilihan Greece.

Pada awal pagi esok waktu Malaysia, Ronaldo akan turun ke pentas final sebagai kapten dengan nombor kegemaran beliau no.7 dengan lilitan kapten.

Mereka mungkin bukan Greece pada 2004 namun mereka tetap dianggap sebagai under dog berhadapan pasukan yang lebih lengkap Perancis.

Ironinya, adakah Ronaldo akan mampu menewaskan pasukan tuan rumah dan pasukan pilihan kali ini supaya Perancis merasai kekecewaan seperti yang mereka alami dahulu.

Perkara yang sama dilakukan Greece ke atas mereka 12 tahun yang lalu.

Ronaldo, Ikon Global

Kini Ronaldo jauh berbeza daripada budak nombor 17 yang menangis dahulu. Beliau adalah ikon global dan antara manusia yang paling dikenali di planet.

Memiliki lebih 200 juta pengikut di media sosial termasuk Twitter, Facebook dan Instagram.

1x-1.jpg

Dilaporkan forbes mengaut pendapatan $88 juta dalam 12 bulan.

$56 juta hasil daripada pendapatan di Real Madrid manakala $32 juta lagi melalui pelbagai endorsement.

Pendapatan tambahan beliau berjumlah multimillion, hasil jualan minyak wangi, headphone, hotel dan banyak lagi.

Perjanjian dengan nike sahaja membolehkan beliau mendapat €20 juta setahun.

Jadi tidak hairanlah beliau diiktiraf sebagai pemain bolasepak yang paling kaya pada hari ini.

Pemain Yang Berjaya Di Eropah

Di padang pula dia sudah memenangi 3 UEFA Champions League, 4 kejuaraan liga di 2 liga berbeza dan 3 Ballon d’OR.

image.jpg

Beliau adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid. Ronaldo mendahului senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di UEFA Champions League.

Kini beliau  menyamai jumlah jaringan Michel Platini sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Piala Eropah.

Dan tidak lupa juga, menjadi satu satunya pemain setakat ini yang menjaringkan gol dalam 3 pusingan akhir Piala Eropah.

Personaliti Yang Harus Dikagumi

“Beliau berjaya kerana beliau sangat serius dan bersungguh-sungguh”- Carlo Ancelotti.

Walaupun ramai yang tidak menyukai sikap beliau yang sukakan perhatian kamera dan sedikit angkuh.

Namun ia bukan alasan untuk tidak menghormati cara beliau bekerja setiap hari untuk berjaya.

Mungkin  latar belakang beliau membuatkan personaliti beliau begitu. Ronaldo dibesarkan oleh ayah yang bertarung dengan ketagihan alkohol.

Beliau meninggalkan keluarga sejak usia 12 tahun  walaupun beliau sangat tidak suka berjauhan dengan ibu bapanya.

Beliau terpaksa meninggalkan Madeira untuk ke Lisbon. Ronaldo menyertai sebuah akademi yang berprestij.

Kerap diejek kerana suka  menangis jika kalah dalam apa juga permainan termasuk bolasepak.

Menyebabkan beliau dipanggil ‘chora’ atau kaki merengek.

Sewaktu di akademi beliau kerap kali ‘dibahan’ rakan sepasukan kerana loghat beliau yang ‘kelakar’.

Beliau sangat sukakan pusat latihan dan sentiasa melakukan latihan tambahan di rumah beliau. Sentiasa bekerja lebih masa untuk memperbaiki diri.

Transformasi beliau adalah kerana kerajinan yang membawa kepada kejayaan peribadi serta jumlah piala yang tidak terkira.

Menyertai Manchester United pada usia belasan tahun dan hari ini menjadi lagenda hidup yang masih bermain di Real Madrid.

Karakter

Beliau adalah pemain yang fancy dan terkenal dengan quick feet dan tak lupa skil step over yang menjadi signature beliau.

Mencipta visual sendiri dengan cara mengambil sepakan bebas serta dikenali dengan gaya meraikan gol yang tersendiri.

Boleh menjaringkan gol melalui pelbagai disiplin termasuk lompatan tinggi untuk memenangi bola di udara.

Beliau menjadi ikutan dan inspirasi bukan sahaja budak budak atau  remaja, malah diikuti ramai pemain amatur dan profesional.

Dalam Piala Eropah kali ini, beliau menjadi antara penyelamat Portugal ketika menentang Hungary dan juga menjaringkan gol ketika menentang Wales.

Kejayaan Antarabangsa

Selepas 13 tahun menyarung jersi Portugal dan segala kejayaan di peringkat kelab dan pencapaian individu (kelab & kebangsaan), namun profail Ronaldo masih kosong dari kejayaan antarabangsa.

Hari ini mungkin hari terbaik untuk beliau mengakhiri kemarau piala di peringkat kebangsaan pada usia 31 tahun.

Portugal kali ini menyertai Piala Eropah dengan pasukan yang dianggap mediocre.

Namun Ronaldo berjaya memimpin pasukan yang dipenuhi nama baka persara dan pemain muda sehingga ke final.

Beliau nampak lebih matang dalam edisi kali ini. Sentiasa memberikan arahan supaya rakan rakannya fokus.

Sehingga satu tahap, dia meminta Moutinho untuk mengambil penalti walaupun pemain tersebut tidak yakin. Itulah pemimpin!

Ronaldo meyakinkan Moutinho dan mereka akhirnya menang 5-3 dalam penentuan penalti menentang Poland.

Ronaldo turut mengenepikan rasa terlalu gembira di hadapan rakan sepasukan beliau di Madrid, Luka Modric dan Bale.

Lakukannya Hari Ini!

Inilah harinya untuk  figura ikonik no.7 ini melengkapkan koleksi beliau sebagai salah seorang pemain terbaik dalam generasi beliau.

Tugasan yang nampak agak berat namun ia adalah sebahagian daripada tugasan jika anda seorang pemain istimewa.

Ia bukan bermaksud ini kempen terakhir beliau untuk Portugal kerana beliau tidak ada tanda tanda akan berhenti buat masa ini.

Tidak ada syarat untuk tidak mengiktiraf pemain yang hebat jika  gagal memenangi kejuaraan major.

Tetapi kejuaraan major ini akan menjadi pelengkap kepada karier pemain yang hebat.

Semoga berjaya!

[adrotate banner=’9′]
Baca juga: Cristiano Ronaldo v Griezmann; Statistik Yang Anda Perlu Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN