Martin Keown: Willian Kelihatan Seperti Sedang Bercuti Di Arsenal

Willian Arsenal

Bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown mengkritik aksi yang ditampilkan rekrut The Gunners pada jendela perpindahan musim panas lalu, Willian yang disifatkannya sebagai sedang bercuti bersama kelab tersebut.

Willian memulakan saingan Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dengan begitu baik apabila mencipta tiga bantuan jaringan dalam membantu skuad bimbingan Mikel Arteta itu mencatatkan kemenangan 3-0 bertemu pendatang baharu, Fulham.

Namun, selepas itu segalanya seperti tidak menjadi buat bekas pemain yang mencipta kegemilangan ketika menyarung jersi Chelsea selama tujuh musim itu.

Keadaan tersebut menyebabkan kelibat beliau mendapat kecaman daripada peminat setia Arsenal dan bekas pemain Arsenal seperti Ian Wright dan Keown juga tidak terkecuali untuk melemparkan kritikan terhadap pemain berusia 32 tahun itu.

”Saya mengagumi Willian sewaktu dia bersama Chelsea tetapi pada ketika ini, dia kelihatan seperti sedang menikmati percutian di Arsenal.”

”Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah meletakkan dia beraksi di sebelah kiri di mana dia cemerlang dengan posisi tersebut bersama Chelsea,” ujar Keown menurut laporan Goal.

”Dan mainkan Bukayo Saka di sebelah kanan di mana dia kelihatan lebih efektif.”

”Bertemu Burnley, Arsenal cuba untuk bermain daripada belakang tetapi para pemain kelihatan tidak begitu selesa. Ia kelihatan berbahaya dan Burnley merasakan mereka akan dapat menggunakan peluang daripada kesilapan pemain.”

‘Arsenal akan bertemu Southampton pada Rabu ini dan mereka menerapkan tekanan tinggi, pemain jentera hadapan yang memberikan tekanan tinggi yang akan memberikan ancaman kepada Gunners yang bermain dari belakang.”

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Ian Wright Kritik Persembahan Tiga Pemain Berpengalaman Arsenal

Guardiola: Arteta Pengurus Terbaik, Tiada Yang Lebih Baik Untuk Bimbing Arsenal

EPL 2020/21: Aubameyang ‘Belanja’ Burnley, Bikin Arsenal Makin Parah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN