Martin Keown: Willian Akan Pilih Barcelona Atau Real Madrid Berbanding Arsenal

Martin Keown

Bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown tidak merasakan bahawa pemain sayap Chelsea, Willian berminat untuk menyertai The Gunners meskipun beliau bakal bergelar ejen bebas pada musim panas nanti.

Dengan tiada lanjutan kontrak yang dimeterai antara Willian dan Chelsea sehingga ke hari ini, ia bermakna perjalanan selama tujuh musim beliau di Stamford Bridge seperti akan berakhir pada penghujung musim ini.

Menurut sumber Goal sebelum ini, walaupun mungkin sudah tidak bersama Chelsea, Willian dikatakan masih gembira untuk berada di London.

Sehubungan dengan itu, dua kelab London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur menjadi antara pasukan Liga Perdana Inggeris yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 31 tahun kelahiran Brazil itu.

Namun bagi Keown, beliau berpendapat kecenderungan Willian untuk memilih kelab gergasi La Liga lebih terserlah berbanding Arsenal.

Embed from Getty Images

”Saya tidak melihat dia akan memilih untuk berhijrah ke Arsenal.”

”Saya lebih merasakan dia akan memilih untuk menyertai sama ada Barcelona atau Real Madrid,” ujar Martin Keown menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Dia adalah satu bakat yang luar biasa. Chelsea akan menjadi lemah sekiranya dia meninggalkan pasukan tetapi Frank Lampard pasti tahu apa yang dilakukannya. Saya pasti dia mahu untuk mengekalkan Willian.

Barcelona sememangnya sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat Willian tetapi seringkali tawaran mereka seringkali ditolak oleh Chelsea.

Selama tujuh musim bersama Chelsea, Willian telah berjaya menjulang dua mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris [2014/15 dan 2016/17], Liga Europa 2018/19, Piala FA 2017/18 dan Piala Liga [kini Piala Carabao] 2014/15.

Kredit featured image: Clive Mason/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Willian:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply