Martin Keown: Liverpool Miliki Ramuan Yang Betul Untuk Bergelar ‘The Invincibles’

Selepas Arsene Wenger menegaskan Liverpool di landasan tepat untuk mengulangi pencapaian dilakukan Arsenal pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2003/04, seorang lagi anggota ‘The Invincibles’ turut berkongsi pendapat yang sama.

Martin Keown, pertahanan tengah yang menjadi ‘backup’ kepada Sol Campbell dan Kolo Toure pada ketika itu melihat Liverpool memiliki ramuan lengkap untuk turut mencipta pencapaian menakjubkan seperti Arsenal.

Daripada 60 mata penuh selepas mengharungi 20 perlawanan EPL musim ini, Liverpool hanya tercicir dua mata iaitu ketika terikat 1-1 menentang Manchester United di Old Trafford pada Oktober 2019.

Arsene Wenger: Liverpool Di Landasan Tepat Ulangi ‘The Invincibles’

”Ketika skuad Arsenal 2003/04, saya melihat pemain pasukan lawan beratur bersama-sama Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan yang lain di terowong.”

”Mereka [pemain lawan] akan bertanya sebelum masuk ke padang, sama ada jika mereka boleh bertukar-tukar jersi selepas perlawanan.”

”Kami [Arsenal] sangat hebat. Setiap kali saya melihatnya, saya tahu bahawa kami akan menang.”

Embed from Getty Images

”Ini adalah merupakan antara ramuan yang diperlukan untuk tidak tewas dalam tempoh masa yang panjang, dan rasa takut daripada pasukan lawan adalah salah satunya.”

”Kami mempunyai ramuan tersebut pada ketika itu dan kini Liverpool pula memilikinya . Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu telah membina reputasi terhadap pasukan mereka sendiri.”

”Mereka merupakan juara Eropah, calon juara Liga Perdana Inggeris. Itu yang bermain di minda setiap lawan mereka.”

“Pemain Liverpool mungkin berusaha untuk kesempurnaan tetapi mereka sentiasa boleh memperbaiki diri. Ini adalah mengenai tenaga dan keinginan.”

Kredit foto: arsenal.com

Keown juga beranggapan Klopp perlu mencipta suasana yang merangsang pemikiran dan keinginan anak buahnya.

”Pengurus perlu untuk mewujudkan persekitaran di mana setiap orang mahu melakukan yang lebih baik. Arsene Wenger melakukannya untuk kami, begitu juga Klopp. Beliau telah memimpin Liverpool bermain bola sepak yang baik.”

”Ia tidak akan mudah. Tetapi sebagai sebahagian daripada kumpulan ‘The Invincibles’ pada 16 tahun lalu, adakah saya merasakan Liverpool akan kekal tanpa kalah pada musim ini? Saya merasakan ya. Mereka mempunyai semua ramuan yang betul.”

Kredit foto: Peter Byrne/PA Images via Getty Images

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN