Martial Kena Tinggal, Maguire Tersenarai Untuk Skuad Manchester United Ke Final UEL

Anthony Martial Harry Maguire Manchester United Europa League

Penyokong Manchester United boleh menarik nafas lega setelah kapten pasukan Harry Maguire disahkan akan dibawa bersama untuk perlawanan akhir Liga Europa (UEL) berdepan Villareal pada Khamis ini di Gdansk, Poland.

Ole Gunnar Solskjaer dalam misi memburu kejuaraan pertamanya sejak kembali ke United selaku pengurus dan berharap kehadiran semula tonggak utama pertahanannya itu dapat meningkatkan lagi motivasi dan moral pasukan.

Pertahanan United jelas agak bergelut sejak ketiadaan Maguire terutamanya sewaktu tewas 4-2 kepada Liverpool. Mereka turut dibolosi ketika berdepan Fulham (1-1) dan Wolverhampton Wanderers (2-1).

Kemenangan pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membolehkan United menamatkan saingan di kedudukan kedua liga dan kini hanya skuad kendalian Unai Emery menjadi penghalang untuk mereka meraih trofi pertama musim ini.

Ketika perlawanan United menentang Fulham pada minggu lalu, kelibat Maguire dilihat masih menggunakan tongkat. Ia sekaligus menimbulkan persoalan adakah beliau akan disenaraikan dalam kesebelasan utama atau pun tidak.

Martial yang masih belum sembuh dari kecederaan lutut pula bukan sahaja terlepas perlawanan akhir, tetapi namanya turut tidak tersenarai bersama skuad kebangsaan Perancis untuk kejohanan Euro 2020.

Ketiadaannya mungkin tidak menjadi masalah besar buat United memandangkan penyerang veteren Edinson Cavani berada pada tahap terbaiknya.

Solskjaer juga telah menyenaraikan dua penyerang muda hasil produk akademi United iaitu Anthony Elanga dan Shola Shoretire.

Senarai skuad United ke final UEL:

Penjaga Gol: David De Gea, Dean Henderson, Lee Grant, Nathan Bishop

Pertahanan: Eric Bailly, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams

Tengah: Amad Diallo, Bruno Fernandes, Fred, Daniel James, Juan Mata, Nemanja Matic, Scott McTominay, Paul Pogba, Donny van de Beek

Penyerang: Edinson Cavani, Anthony Elanga, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Shola Shoretire

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

UEL 2020/21: Fakta-Fakta Menarik Kejayaan Arsenal & Man Utd Mara Ke Separuh Akhir

Tiada Seorang Pun Pemain Real Madrid Dalam Skuad Sepanyol Untuk Euro 2020

Juventus Tidak Perlukan Ronaldo Untuk Ke Champions League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN