Hasil Perjumpaan Bersama Unai Emery, Fellaini Akan Sertai Arsenal?

Apabila penyokong Arsenal sebelum ini menyatakan yang mereka mahukan perubahan, mendapatkan Marouane Fellaini bukanlah struktur idea yang mereka maksudkan.

Tetapi ianya bakal menjadi perpindahan yang mengejutkan oleh Arsenal dan pastinya sesuatu yang diluar jangkaan daripada pemantau bakat ‘Mata Berlian’, Sven Mislintat.

Mislintat dibawa masuk ke Arsenal atas kemampuannya dalam mengenalpasti bakat muda yang bakal menyinar, bukanlah pemain yang telah melewati puncak kerjayanya.

Pemain berusia 30 tahun itu akan tamat kontraknya bersama Manchester United pada 30 Jun ini dan dia boleh didapati secara percuma oleh kelab-kelab yang berminat.

fellaini
LONDON, ENGLAND – JANUARY 31: Jose Mourinho the head coach / manager of Manchester United with Marouane Fellaini of Manchester United as he is substituted during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester United at Wembley Stadium on January 31, 2018 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Antara kelab-kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain Belgium ini adalah Tottenham dan AC Milan, namun Arsenal dikhabarkan telah membuka langkah.

Media Itali, Calciomercato memetik dakwaan wartawan Patrick Juillard yang menyatakan Arsenal pada ketika ini dalam perancangan untuk mendapatkan Fellaini.

Juillard menyatakan di dalam Twitternya bahawa ejen Fellaini akan berjumpa dengan wakil Arsenal di hotel sekitar London dalam masa terdekat untuk berbincang.

Sementara itu, kenyataan daripada wartawan Times Sport, Paul Hirst nampak seakan-akan mengukuhkan dan mengiyakan lagi dakwaan Juillard tersebut.

Pengurus baharu Arsenal, Unai Emery dikhabarkan telahpun berbincang bersama Fellaini. Emery adalah individu yang cuba membawanya ke PSG sebelum ini.

Jadi, boleh dikatakan, perpindahan ini jika ianya berjaya direalisasikan, ia bukanlah hasil cadangan daripada skuad pemantau bakat kendalian Mislintat.

Berkemungkinan besar, Fellaini akan memilih untuk menyarung jersi The Gunners berbanding kekal di United atau menyertai gergasi Itali, AC Milan.

Walaupun ada percubaan di Old Trafford untuk mengekalkannya, dia dilihat masih mahu melihat pilihan lain kerana dia merasakan dirinya kurang dihargai oleh penyokong United.

Pada musim lalu, pemain tinggi lampai ini hanya lima kali membuat penampilan dalam kesebelasan utama dan telah menjadi bahan kritikan para penyokong sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN