Usah Risau Marko Arnautovic, Anda Bukanlah Mangsa Pertama

Penyerang, Marko Arnautovic menjaringkan dua gol untuk membantu West Ham terikat dengan keputusan 3-3 menentang Bournemouth pada perlawanan ‘Boxing Day’.

Penyerang baharu West Ham itu mungkin telah membantu kelabnya, tetapi setelah hampir lima bulan bersama, kelabnya itu masih gagal untuk memastikan ejaan sebenar namanya.

Kesalahan ejaan itu jelas terlihat di jersi Arnautovic ketika perlawanan sedang berlangsung. Ejaan di jersi adalah ‘Arnoutovic’ yang sepatutnya dieja sebagai Arnautovic.

Mungkin memikirkan ianya bukanlah isu besar, penyerang yang berasal dari Austria itu meneruskan sentuhan baiknya apabila menjaringkan gol kelima dalam enam perlawanannya.

Mirror melaporkan seorang pemilik Twitter dilihat menulis, “Sepertinya, West Ham telah menurunkan bintang yang baru ditandatangi hari ini. Dia menggunakan nombor yang telah ditinggalkan oleh Marko Arnautovic.”

Kesilapan seperti ini memang kerap berlaku di mana-mana kelab atau sukan sekalipun. Semuanya BOLA bawakan sebahagian mangsa-mangsa kesilapan ejaan nama pemain yang pernah berlaku di Liga Perdana Inggeris (EPL).

David Beckham

Dalam perlawanan Piala Sumbangsih musim 1997, pertama kali memakai jersi nombor 7 untuk Manchester United selepas persaraan Eric Cantona, David Beckham masuk ke padang dengan memakai jersi tertera nama ‘Beckam’.

David Beckham. Foto: Daily Mail.

David Bentley

Jika Beckham kehilangan satu huruf, kesilapan ejaan yang berlaku kepada David Bentley adalah tertukar kedudukan antara huruf N dan T pada namanya.

David Bentley. Foto: Action Images.

Ole Gunnar Solskjaer

Sebagaimana Bentley, The Baby-faced Assassin juga pernah mengalami situasi yang sama pada tahun 2002 iaitu tertukar dua huruf iaitu huruf K dan S.

Ole Gunnar Solskjaer. Foto: Matthew Peters/Getty Images.

Tomasz Kuszczak

Dalam aksi Piala Carling musim 2006, penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak didapati mengenakan jersi yang tertera nama ‘Zuszczak’.

Tomasz Kuszczak. Foto: John Peters/Getty Images.

Roque Santa Cruz

Penyerang Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz juga pernah menerima nasib yang sama pada musim 2009. Jersinya tertulis ejaan ‘Satna’ Cruz yang sepatutnya dieja Santa Cruz.

Roque Santa Cruz. Paul Ellis/AFP.

Javier Mascherano

Pemain Liverpool ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kesilapan ejaan nama. Tertera di jersi nama ‘Mascerano’ yang kehilangan huruf H.

Javier Mascherano. Foto: The Telegraph.

Steven Gerrard

Menyertai LA Galaxy sebagai bintang ternama belum mampu untuk menghalang dari kesilapan berlaku apabila beliau mengenakan jersi yang tertera kesilapan ejaan pada nama mungkin sedikit mengecewakan.

Anderson

Pada musim 2012, pemain Manchester United, Anderson juga mengalami nasib yang sama. Sehingga Daily Mail mengeluarkan ‘berita’ troll berkaitan kejadian ini.

Akhbar Daily Mail. Foto: Daily Mail.

Chancel Mbemba

Ya, namanya mungkin agak sukar untuk disebut, namun ianya bukanlah kebenaran untuk anda tersilap mengeja namanya di jersi seperti mana yang dibuat oleh Newcastle  ini.

Chancel Mbemba. Foto: Daily Mail.

Siapa lagi pemain yang anda ingat telah mengenakan jersi yang terdapat kesilapan ejaan namanya. Anda boleh kongsikan bersama kami senarai anda juga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN