Kerana Penyakit Pelik, Mario Gotze Dikeluarkan Dari Skuad Borrusia Dortmund

Mario Gotze bakal disisihkan dari skuad Borrusia Dortmund sehingga waktu yang bakal diketahui kemudian selepas beliau menerima sebuah penyakit yang pelik.

Beliau yang hanya bermain selama 24 minit untuk pasukan tersebut musim ini dalam aksi liga mengalami masalah mengenai otot beliau.

Menurut sumber dari Borrusia Dortmund, mereka telah banyak melakukan siasatan mengenai masalah yang dihadapi oleh Gotze.

Hasilnya adalah Gotze terlibat dengan masalah di mana terdapat gangguan dengan metabolisme beliau.

Ia terjadi selepas beliau mengalami masalah dengan otot beliau sejak beberapa bulan lalu selepas menyertai kelab Borrusia Dortmund dari Bayern Munich.

Lakukan apa saja

Gotze bagaimana pun berkata beliau akan cuba sedaya upaya untuk kembali berlatih bersama-sama rakan sepasukannya.

“Saya sekarang ini sedang berada dalam rawatan dan akan lakukan apa sahaja untuk kembali pulih dan berlatih bersama-sama rakan sepasukan yang lain.”

“Saya tak sabar untuk kembali dan membantu pasukan saya mencapai matlamat asal kami sepantas mungkin.”

Semoga cepat sembuh, Gotze!

Baca juga: Kerana Selfie Dengan Pemain, Lyon Bakal Dakwa Peminat Di Mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram