Mario Gotze Akui Beliau Hampir Kembali Berada Di Bawah Kendalian Jurgen Klopp

Gotze

Pemain tengah Borussia Dortmund, Mario Gotze menjelaskan bahawa beliau hampir kembali untuk bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Jurgen Klopp di Liverpool.

Sebelum berhijrah ke Bayern Munich pada Ogos 2013, Gotze berada di bawah kendalian Klopp yang ketika itu mampu untuk menghalang dominasi Bayern Munich.

Borussia Dortmund telah berjaya mengecapi kejayaan menjuarai Bundesliga buat dua musim berturut-turut (2010/11 & 2011/12).

Selepas tiga musim menabur bakti buat kelab Bavaria itu, Gotze memilih untuk kembali ke Signal Iduna pada Julai 2016.

Bercakap kepada Dokumentari DAZN, Gotze menjelaskan bahawa beliau hampir untuk menyertai bekas pengurusnya itu di Anfield.

”Saya memilih untuk meninggalkan Bayern dan Jurgen Klopp berminat untuk membawa saya ke Liverpool. Dan saya juga begitu berminat untuk kembali bekerja di bawahnya lagi.”

”Dia (Jurgen Klopp) merupakan pengurus kelas dunia dan itulah sebab kenapa dia sentiasa menjadi pilihan.”

”Saya memilih untuk menyertai Borussia Dortmund, bukanlah satu keputusan yang menentang Liverpool mahupun Jurgen Klopp. Tetapi ia adalah sebaliknya.”

Bagi Jurgen Klopp pula, keputusan yang dibuat Gotze (berhijrah ke Bayern Munich) adalah salah satu perkara yang mengejutkan dalam karier pengurusannya selepas beliau menerima berita tersebut beberapa jam selepas perlawanan saingan Liga Juara-Juara Eropah.

”Saya sungguh tidak menjangkakannya. Sehari selepas menewaskan Malaga, salah satu aksi terbesar dalam karier kami, Micheal Zorc berkata kepada saya, ”Kita perlu bercakap untuk seminit. Mario akan ke Bayern.”

“Saya berpaling, berjalan keluar dari pejabat, pulang ke rumah, masuk ke bilik tidur.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram