Reaksi Penyokong Dortmund Terhadap Berita Kepulangan Mario Götze: Sila Berambus!

Banyak boleh berlaku dalam bola sepak dalam masa setahun.

Inilah perkara yang terjadi kepada karier Mario Götze selepas menjadi hero yang menjaringkan gol kemenangan Jerman semasa final Piala Dunia 2014 menentang Argentina.

Hampir setahun selepas bergelar hero, Götze kini bergelar pemain yang tidak dikehendaki oleh Bayern Munich.

Sejak sukar masuk ke kesebelasan utama Bayern, banyak kelab yang berminat untuk membeli Götze. Antara kelab yang dilaporkan berminat adalah Liverpool dan kelab lamanya, Borussia Dortmund.

Pengarah eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengaku pintu ‘masih terbuka’ buat Götze untuk pulang ke pangkuan mereka.

Bagaimanapun belum sempat penyokong neutral melihat prospek kepulangan Götze ke Westfalonstadion, penyokong Dortmund meluahkan perasaan mereka dengan mengeluarkan kain rentang ketika kemenangan 3-2 pasukan mereka menentang Werder Bremen yang bertulis – sila berambus, Götze!

Götze merupakan pemain kelahiran akademi Dortmund yang pernah membantu bekas kelabnya itu memenangi kejuaraan liga pada 2011 dan 2012 di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Hubungan Götze dengan penyokong Dortmund rosak selepas beliau memilih untuk meninggalkan Dortmund untuk bermain bersama musuh ketat, Bayern Munich.

Paling teruk, Götze mengumumkan keputusannya untuk berpindah ke Bayern Munich 36 jam sebelum Dortmund menentang Real Madrid dalam separuh akhir Champions League musim 2012/2013.

Kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Dortmund di seksyen Yellow Wall mempunyai mesej berikut:

“Milan atau Madrid, asalkan bukan Dortmund. Sila berambus, Götze!”

eindeutige-botschaft-einiger-bvb-fans-in-richtung-mario-goetze-

Semasa Götze mengumumkan hasratnya untuk berpindah ke Bayern Munich, penyokong Dortmund pernah membuat kain rentang khas untuknya yang bertulis mesej:

“Keghairahan mengejar wang sahaja dah menunjukkan betapa anda tidak mempunyai hati. Fuck off Götze!”

gotze dortmund bannergotze dortmund banner

Satu perkara yang pasti berlaku dalam musim panas nanti adalah – Götze pasti tidak akan kembali ke Dortmund.

Baca juga: Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram