Mario Balotelli Tolak Tawaran Sertai Dortmund, Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Nice

Mario Balotelli dilaporkan telah menandatangani kontrak baharu bersama dengan kelab Nice di Ligue 1, Perancis.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City itu disahkan akan kekal di Alliannz Riviera selepas melalui satu musim yang menakjubkan.

Di sebalik segala kontroversi yang sering menyelubungi beliau, musim lalu menyaksikan Mario Balotelli berjaya membawa Nice melayakkan diri ke peringkat kelayakkan UEFA Champions League (UCL) pada musim hadapan.

(Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Mario Balotelli dilaporkan menolak tawaran untuk menyertai Borussia Dortmund untuk kekal di Nice.

Penyerang antarabangsa Itali berusia 26 tahun ini menjaringkan 17 gol dalam 28 dalam semua pertandingan pada musim lalu untuk Nice.

Balotelli juga berjaya membawa Nice untuk mengakhiri musim 2016/2017 di tangga ke-3 Ligue 1.

Les Aiblons mengesahkan Balotelli akan terus kekal bersama mereka pada tengah hari Ahad (semalam), dengan tawaran kontrak baharu yang tidak didedahkan.

Pengekalan Mario Balotelli di Allianz Riviera menggembirakan penyokong Nice yang pasti mengharapkan Balotelli mampu membawa kelab berkenaan layak ke peringkat kumpulan saingan UCL.

Pemain yang turut pernah berpengkalan di San Siro bersama kedua-dua buah kelab Milan,-Inter dan AC Milan ini menyertai Nice pada musim panas musim lalu secara percuma.

Mario Balotelli menandatangani kontrak selama setahun bersama Nice sebagai sebahagian usaha menghidupkan kembali karier beliau.

Penyertaan Mario Balotelli bersama Nice turut mengakhiri tempoh yang mengecewakan di Liverpool. Di bawah kendalian Lucien Favre, Balotelli bangkit untuk menjadi salah seorang tonggak utama Nice.

(Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Dua hari yang lalu Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere memberitahu RMC Sport bahawa Balotelli mungkin akan menerima pemotongan gaji untuk kekal di Nice.

“Berkenaan hal ini, saya hanya boleh mendedahkan beberapa perkara sahaja.”

“Perkara pertama ialah kami mempunyai seorang pemain yang hanya mahu bermain untuk Nice. Perkara kedua ialah pemain ini bersedia untuk berkorban dari segi kewangan. Dan perkara ketiga ialah, pemain ini sedang berbincang untuk merealisasikannya,” ujar Jean-Pierre Rivere.

Mungkinkah akhirnya Balotelli telah menemukan sebuah kelab yang boleh beliau anggap seperti rumah sendiri?

Sumber:

1. Tom Sheen & Jake Lambourne, The Sun (2017): NICE DEAL Mario Balotelli signs new Nice deal after impressive first season in Ligue 1;
https://www.thesun.co.uk/sport/football/3881621/mario-balotelli-new-nice-contract-after-ligue-1/

2. JAMES DUDKO, Bleacher Report (2017): http://bleacherreport.com/articles/2717867-mario-balotelli-nice-officially-agree-on-new-contract;
http://bleacherreport.com/articles/2717867-mario-balotelli-nice-officially-agree-on-new-contract

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply