Marcus Rashford Terima Anugerah Diraja Atas Jasa Bantu Kanak-Kanak Memerlukan

Marcus Rashford

Pemain Manchester United, Marcus Rashford terus diangkat sebagai wira di luar padang apabila menerima penghargaan dari pihak diraja England.

Menurut laporan Sky Sports, Rashford merupakan sebahagian daripada pelbagai penerima darjah kebesaran diraja (MBE) semasa hari kelahiran Ratu Elizabeth II.

Selain daripada beliau, terdapat atlet sukan Britain yang lain turut menerima darjah kebesaran seperti Warren Gatland diatas sumbangan beliau terhadap ragbi di Wales serta Eve Muirhead untuk jasanya kepada sukan curling.

Sumbangan Rashford kepada Britain cukup signifikan terutamanya buat kanak-kanak yang tidak berkemampuan apabila beliau memastikan mereka semua memperoleh makanan percuma sepanjang musim panas.

Rashford berjaya membentuk sebuah gerak kerja yang dianggotai oleh pelbagai pasar raya utama serta jenama makanan terkemuka untuk bersama-sama membantunya memastikan kanak-kanak Britain “cukup makan” ketika musim panas lalu.

Akan tetapi, kejayaan terbesar beliau adalah berjaya membuatkan kerajaan pimpinan Boris Johnson melakukan pusingan-u mengenai polisi makanan percuma di sekolah semasa perintah berkurung.

Dalam kenyataan beliau di Twitter, Rashford mengakui beliau tidak pernah terfikir untuk mendapatkan pengiktirafan diraja dalam hidupnya.

“Saya amatlah berasa terharu apabila. Sebagai seorang pemuda hitam dari Wythenshawe, tidak pernah saya terfikir untuk mendapatkan pengiktirafan MBE, apatah lagi memperolehnya pada usia 22 tahun.”

“Ianya adalah sebuah saat yang cukup indah buat buat diri saya dan juga keluarga, terutamanya ibu saya merupakan penerima sebenar kepada penghargaan ini.”

Dalam masa yang sama, Rahsford turut mengatakan yang perjuangan buat kanak-kanak memerlukan ini jelas sekali belum lagi tamat.

Beliau tetap mahu seluruh rakyat Britain bersatu dalam usaha untuk mengatas perkara ini. Fikiran beliau tetap sama, tiada ada seorang kanak-kanak pun berhak ke tempat tidur dalam keadaan lapar.

Malah, ianya bukan salah mereka apabila perkara ini berlaku.

Baca juga artikel kami mengenai Marcus Rashford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN