Rashford Mahu Mason Greenwood Terus Fokus Pamer Kecemerlangan

Mason Greenwood

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menasihati rakan pasukannya, Mason Greenwood supaya terus fokus dalam menikmati detik cemerlang bersama kelab tersebut pada ketika ini.

Pemain berusia 18 tahun itu jelas mencuri tumpuan selepas beliau meledakkan dua jaringan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth, Sabtu lalu yang menyaksikan Manchester United menang 5-2 di Old Trafford.

Itu juga bermakna Greenwood menjadi pemain termuda dalam sejarah The Red Devils yang berjaya menjaringkan 15 gol dalam semusim bagi meleburkan rekod dipegang Wayne Rooney.

Kecemerlangan yang dijelmakan oleh Greenwood itu telah mendapat pujian banyak pihak dan ada yang mengatakan beliau bakal menjadi ‘the next’ Robin van Persie.

Sehubungan dengan itu, Rashford tidak mahu Greenwood dibuai dengan pujian menggunung para peminat tetapi sebaliknya terus fokus untuk mengembangkan bakatnya.

”Dia merupakan seorang pemain yang hebat. Saya pernah memerhatikannya sebelum dia menyertai skuad utama,” ujar Rashford menurut laporan Goal.

”Tidak pernah menjadi masalah jika dia bermain dengan kami, Ole [Gunnar Solskjaer] telah melakukan sesuatu yang hebat terhadapnya.”

”Yang pertamanya, dia [Ole] membawa dia ke dalam pasukan dan memasukannya ketika bertemu PSG dan bahawa bagi seorang pemain, itu sebagai langkah pertama, sangat besar dan ia menunjukkan pengurus mempunyai keyakinan terhadapnya.”

”Anda tiada alasan untuk tidak mempunyai keyakinan terhadap pemain seperti Mason. Tetapi bagi saya, saya hanya mengatakan kepadanya untuk terus melakukan apa yang telah dilakukannya iaitu menjaringkan gol, jadi dia tidak perlu untuk melakukan perkara lain lagi.”

”Anda tahu, lupakan segala yang diperkatakan oleh orang di luar sana, sama ada yang memuji atau bersikap negatif.”

”Saya merasakan terdapat banyak perkara positif pada ketika ini dan juga momentum. Bagi kami, kami mahu untuk mengekalkan rentak ini. Ketiga-tiga daripada kami menjaringkan gol. Mason menghasilkan dua gol. Itu merupakan momentum yang kami mahu kekalkan, itu sahaja.”

”Dia telah melakukannya dengan cukup baik sepanjang musim ini. Dia telah bekerja keras untuk pasukan dan melakukan kerja ‘kotor’, anda tahu perkara yang tidak dapat dilihat. Dia melakukannya sehingga dia berhak menerima kredit atas apa yang diterimanya,” tambah Rashford lagi.

Daripada keseluruhan 15 jaringan yang diledakkan oleh Greenwood pada musim ini, lapan daripadanya terhasil menerusi Liga Perdana Inggeris, lima gol dalam saingan Liga Europa manakala masing-masing satu gol ketika aksi Piala FA dan Carabao.

Kredit featured image: Simon Stacpoole/Offside/Offside via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mason Greenwood:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN