Marco Verratti: Jika Bermain Kerana Wang, Boleh Pergi Ke China

Marco Verratti

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Marco Verratti menolak tanggapan yang mengatakan bahawa para pemain yang berhijrah ke kelab tersebut adalah semata-mata kerana mengejar gaji lumayan.

Verratti sebaliknya beranggapan matlamat utama para pemain Les Parisiens termasuk dirinya adalah untuk muncul menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah yang menjadi idaman semua pemain di benua tersebut.

Pemain skuad kebangsaan Itali itu menyertai PSG pada 18 Julai 2012 dari Pescara dengan nilai perpindahan berjumlah €12 juta.

Meskipun berbelanja besar untuk mendapatkan pemain bintang dunia seperti Neymar, Kylian Mbappe dan ramai lagi, beliau menegaskan status dipegang PSG telah menarik minat pemain-pemain untuk menyertai kelab tersebut.

”Sejak awal, bahkan pada ketika ini juga, terdapat ramai pemain yang memberitahu saya, ‘ayuh, bercakap dengan presiden, saya mahu datang dan bermain di sana [PSG].”

Embed from Getty Images

”PSG telah menjadi salah sebuah daripada tujuh atau lapan kelab terbaik di dunia. Jadi, itulah yang telah menarik minat terlalu ramai pemain, beberapa daripadanya saya tidak kenal, mahu bermain bersama PSG,” ujar Verratti menurut laporan Goal.

”Ada yang mengatakan kami bermain di PSG kerana wang tetapi ianya bukanlah seperti itu. Jika anda mahu bermain kerana wang, anda boleh pergi ke China.”

”Apabila seseorang pemain memilih untuk bermain untuk PSG, dia juga telah memilih projek yang mungkin satu hari nanti akan memenangi Liga Juara-Juara Eropah,” ujar Verratti lagi.

Selepas hampir lapan musim beraksi bersama kelab gergasi Perancis itu, Marco Verratti telah membuat 310 penampilan dalam semua pertandingan disertai PSG dengan enam jaringan dihasilkannya.

Kredit foto: Xavier Laine/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai PSG:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram