Marco Reus: Hanya Borussia Dortmund Bertakhta Di Hati

Marco Reus

Ketua pasukan Borussia Dortmund, Marco Reus tanpa berselindung menegaskan bahawa beliau tidak akan pernah memilih untuk menyarung jersi musuh tradisi, Bayern Munich.

Sejak menyertai Borussia Dortmund pada musim 2012/13, tiada lagi kelab lain yang bertakhta di hati pemain skuad kebangsaan Jerman itu, apatah lagi buat pasukan gergasi Bavaria tersebut.

Faktor kesetiaannya terhadap Borussia Dortmund menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu pernah menolak tawaran daripada Bayern Munich.

”Tawaran itu datangnya dari Bayern, sama seperti dilakukan pasukan lain. Saya mempunyai rasa hormat yang cukup hebat terhadap Bayern Munich atas apa yang telah dilakukan oleh kelab itu pada dekad ini.”

Embed from Getty Images

”Tetapi saya sentiasa mahu untuk beraksi bersama BVB [Borussia Dortmund]. Ia selalu menjadi kelab yang mencuri hati saya,” ujar Reus menurut laporan daripada Goal.

”Apabila saya beraksi untuk Gladbach [Borussia Monchengladbach], ia cukup jelas buat saya, dalam saingan Bundesliga, saya hanya akan pergi ke Dortmund.”

”Jika tidak, saya akan beraksi di luar negara,” ujar Reus lagi.

Reus merupakan anak jati Dortmund yang bermula sebagai pemain remaja di kelab tersebut. Pada usia 17 tahun beliau memilih untuk beraksi bersama Rot Weiss Ahlen dan skuad simpanan kelab tersebut selama tiga musim.

Musim 2009/10 menyaksikan beliau mendapat peluang beraksi di saingan Bundesliga apabila menyertai Borussia Monchengladbach.

Kredit foto: Ronny Hartmann/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Reus:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply