Mengaku Elak Cukai, Marcelo Sedia Dihukum Oleh Kerajaan Sepanyol

Kerjasama Semuanya BOLA

Kerajaan Sepanyol kembali lagi memburu mangsa-mangsa dalam kalangan pemain bola sepak untuk dihukum!

Terbaru, kerajaan Sepanyol telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap pemain Real Madrid iaitu Marcelo.

Kesalahannya tidak lain adalah melibatkan isu cukai yang sering membelenggu pemain luar Sepanyol yang beraksi di La Liga.

Menurut laporan BBC News, pertahanan kiri Real Madrid itu telah mengakui bersalah melakukan kesalahan mengelak dari membayar cukai dari kepada kerajaan Sepanyol.

Beliau dikatakan telah mengelak dari membayar cukai sebanyak €490 ribu kepada kerajaan Sepanyol.

Hasil dari perbuatan beliau, Marcelo diperintahkan untuk membayar denda sebanyak €750 ribu dan juga perlu menjalani hukuman penjara selama 4 bulan.

Kertas siasatan mengenai tuduhan mengelak cukai oleh Marcelo ini sudah lama dibuka iaitu sejak 2013.

Walaupun disabitkan dengan kesalahan tersebut, Marcelo berhasil untuk mengelak dari menghabiskan 4 bulan dalam hidup beliau dengan duduk di dalam penjara.

Hal ini kerana, undang-undang di Sepanyol mengatakan pesalah yang melakukan kesalahan kali pertama dan disabitkan dengan hukuman penjara kurang dari 2 tahun tidak perlu menjalani hukuman tersebut.

Marcelo adalah beberapa nama besar dalam bola sepak Sepanyol yang menjadi sasaran kerajaan Sepanyol dalam isu cukai ini.

Sebelum ini, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo serta Neymar turut terpalit dalam isu ini dengan nilai yang lebih besar berbanding jumlah yang dilakukan oleh Marcelo.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram