Marcelo Bielsa: Mauricio Pochettino Akan Kemudi Salah Satu Pasukan Terbaik Di Dunia

Pochettino

Marcelo Bielsa, pengurus berpengalaman yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap falsafah bola sepak diterapkan Mauricio Pochettino percaya bahawa bekas pengendali Tottenham Hotspur itu akan bangkit dengan pantas.

Pochettino pernah mendapat tunjuk ajar daripada Bielsa pada permulaan karier bola sepak profesionalnya sekitar awal 90-an, ketika menyarung jersi Newell’s Old Boys.

Meskipun tidak mampu menghadirkan sebarang kejuaraan buat Tottenham Hotspur, Bielsa menilai Pochettino sebagai seorang pengurus yang wajar diberikan kredit atas sumbangannya buat kelab Londok tersebut.

”Kerja yang telah dilakukan oleh Pochettino adalah sangat cemerlang.Pada musim lalu, dia telah meletakkan Tottenham di tahap tertinggi dalam dunia. Bagi mana-mana pengurus, itu adalah pencapaian yang besar.”

”Pada saya, ia lebih penting kerana pasukannya beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, di mana pasukannya di bina dengan cukup berhati-hati.”

”Persembahan pasukan ini dikaitkan dengan corak permainan kolektif yang dibina di antara dia dan pemainnya berbanding membeli pemain ternama untuk pasukan. Mereka tidak membeli pemain-pemain ternama.”

”Realiti ini menjadikan kerja Pochettino lebih penting. Sesuatu yang profesional seperti itu layak untuk menerima kredit.”

”Mungkin dia tidak menikmati pencapaiannya di Tottenham. Mungkin kerana saya tidak mengetahui situasi sebenar tetapi dia akan mengambil kredit kerana kelab besar di dunia akan mencuba untuk mendapatkannya. Pengurus ini [Mauricio Pochettino] akan membimbing salah satu pasukan terbaik di dunia,” ujar Bielsa yang kini membimbing Leeds United.

Kredit foto: ilposticipo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN