Marcelo Bielsa Dianggap Terlalu Bagus Untuk Mengurus Leeds United

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa sering dianggap sebagai salah seorang pengurus berkelas dunia, dan ada yang beranggapan beliau selayaknya untuk mengurus pasukan gergasi Eropah seperti Barcelona.

Menurut dakwaan yang dikeluarkan oleh Jamie O’Hara, Leeds United sebenarnya sangat bertuah kerana memiliki Marcelo Bielsa sebagai pengurus kelab.

Pengurus yang ketika ini berusia 66 tahun itu telah menggantikan Paul Heckingbottom sebagai pengurus Leeds pada 2018.

Beliau telah memainkan peranan cukup penting dalam membantu kejayaan Leeds United hingga menjadi sebagai salah sebuah pasukan underdog terhebat dalam saingan Premier League.

Bielsa gagal untuk membawa skuad kendalian beraksi ke saingan Premier League ketika musim pertamanya sebagai pengurus, dengan mereka ketika itu tewas di pusingan play-off kepada Derby County.

Pengurus dari Argentina itu kemudiannya menerapkan budaya dan gaya permainan baru dalam skuad Leeds seterusnya memenangi gelaran Championship pada musim keduanya.

Kejayaan menjuarai Championship telah membawa Leeds United untuk beraksi dalam saingan Premier League.

Bekas pengurus Athletic Bilbao dan skuad kebangsaan Argentina itu telah berjaya memukau peminat dan pundit atas hasil usaha dan kerja kerasnya sepanjang musim lalu.

Beliau berjaya membantu Leeds United mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kesembilan, dan turut mengejutkan ramai dengan kejayaan mereka menewaskan beberapa pasukan gergasi liga.

Kerja keras dan ciri kepimpinan Bielsa telah memukau banyak pihak dan ia turut berjaya membuatkan Pengurus City, Pep Guardiola berasa kagum dan menganggap beliau sebagai pengurus sejati.

Baru-baru ini, O’Hara telah membuat dakwaan yang menyatakan bahawa pengurus Leeds United itu perlu untuk menguruskan pasukan besar dan bukannya Leeds.

https://twitter.com/lufcandmusic/status/1417963255989952522?s=19

Beliau bahkan turut menganggap Spurs sebagai pasukan yang jauh lebih besar berbanding Leeds United.

Penyampai talkSPORT yang kini berusia 34 tahun itu turut menyatakan yang Leeds tak mungkin mampu mempertahankan Bielsa seandainya pasukan gergasi seperti Barcelona, Real Madrid atau PSG tampil membuat tawaran.

Bercakap di studio talkSPORT, O’Hara menjelaskan bahawa:

“Dia perlu berada bersama pasukan gergasi, Bielsa, layak bukan? Dia perlu ada bersama pasukan seperti Barcelona, kita kena jujur.”

“Spurs merupakan pasukan yang lebih besar berbanding Leeds… Itu juga merupakan langkah pertama untuk dia. Jose Mourinho tak akan pergi untuk semata-mata menjadi pengurus Leeds United bukan?”

“Saya tak kata Leeds bukan pasukan besar dan saya tak kata Bielsa perlu pergi, saya katakan dia seharusnya bersama pasukan seperti Barcelona. Dia seorang pengurus yang hebat dan Leeds patut berbangga memiliki dia.”

Marcelo Bielsa tak dinafikan antara pengurus terhebat dunia pada ketika ini

“Saya suka kalau dia bersama Spurs, tapi dia tak mungkin akan tinggalkan Leeds untuk Spurs. Tak cukup bercita-cita tinggi kalau ke Spurs.”

“Dia pengurus berkelas dunia. Saya rasa dia ada perasaan cinta pada kelab, bandar, dan penyokong. Mereka semua sayangkan dia dan saya rasa dia juga sayangkan mereka.”

“Tapi jika seseorang dari Barcelona, Real Madrid atau PSG datang, maaf, dia tak sepatutnya kekal bersama Leeds, dia perlu pergi.”

Bielsa Latih skuad U-11 Leeds Ketika Rehat Hujung Musim

Sesiapa yang merasakan Marcelo Bielsa hanya akan berehat santai selepas melalui satu musim yang panjang sebagai pengurus, beliau jelas silap besar.

Marcelo Bielsa tidak berminat untuk berehat walau sudah mengharungi musim yang sangat cemerlang bersama Leeds United dalam aksi saingan Premier League.

Ketika segelintir pengurus lain sudah terbang untuk bercuti bersama keluarga pada musim panas ini, Bielsa tenang masih berada di Leeds dan dilihat melatih skuad U-11 pada awal tamat saingan musim 2020/21.

Ya, beliau pergi ke pusat latihan untuk melatih skuad bawah 11 tahun Leeds United ketika rehat akhir musim ini.

“El Loco’ dilihat memakai pakaian sukan rasmi Leeds untuk bersama dengan skuad kanak-kanak dan beliau juga dilihat memberi nasihat berguna kepada para pemain muda itu.

Seorang pengurus terkenal datang melatih para pemain berusia 11 tahun bukanlah satu hal yang biasa untuk dilihat oleh para peminat.

Ia jelas merupakan satu kebanggaan kepada kanak-kanak tersebut yang berpeluang untuk menimba ilmu dari seorang pengurus yang sungguh bijak dan hebat seperti Marcelo Bielsa.

Lebih luar biasa lagi, skuad kanak-kanak tersebut bakal berpeluang untuk belajar ilmu permainan ‘Murderball’ yang sering diterapkan oleh Marcelo Bielsa.

Ia merupakan latihan berat yang mana tiada pengadil, tiada rehat dengan bola harus terus dimainkan sehingga di arahkan untuk berhenti.

Penyokong Leeds United, Matthew Price berpeluang menonton Bielsa yang sentiasa berdiri dalam menyampaikan ilmu berguna kepada kanak-kanak tersebut sepanjang 90 minit sesi latihan.

“Dia tiba-tiba muncul dan beritahu semua orang yang mereka akan bermain ‘Murderball’, yang mana mereka semua tahu ia sangat luar biasa.”

Jelas Matthew pada Yorkshire Evening Post.

“Bielsa turut memberitahu semua kanak-kanak tersebut yang mereka akan terus bermain bola selama tiga jam.”

“Kanak-kanak itu semua sukakannya. Mereka semua seakan tidak percaya Bielsa boleh datang ke sesi latihan mereka.”

Bielsa turun ke padang latihan dengan membawa penterjemahnya supaya boleh membantu beliau dalam berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut.

“Menerusi penterjemahnya, dia memberitahu kanak-kanak semua yang dia akan melatih mereka pada hari ini.”

“Dia merupakan pahlawan kepada mereka. Dia juga pahlawan kepada kami semua. Tapi untuk semua kanak-kanak ini, dia lebih besar dari itu.”

Selain kehebatan di atas padang, Marcelo Bielsa juga berjaya memenangi hati para peminat dengan sikap mesranya terhadap masyarakat setempat.

Bielsa sering dilihat melakukan persediaan pra perlawanan di kedai kopi di sekitar bandar dan mudah untuk peminat mengajaknya bergambar.

Kontrak beliau bersama Leeds sebenarnya sudah tamat pada Jun lalu namun sepertinya tiada masalah untuk beliau tandatangani kontrak baru memandangkan rasa cintanya pada skuad.

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

Tolak Tawaran Kontrak Baharu, Langkah Pogba Menuju Ke PSG Semakin Hampir?

Perarakan Skuad Itali Jadi Punca Kes Covid-19 Di Rom Naik Mendadak

Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN