Rusia 2018: Maradona Tak Salahkan Messi Di Atas Kegagalan Argentina

Setiap kali Piala Dunia berlangsung, pasti akan ada pasukan besar yang secara tiba-tiba akan mengalami krisis sukar sewaktu kejohanan.

Pada 2010, kita saksikan krisis dalaman melanda pasukan Perancis. 2014 pula kita saksikan masalah prestasi melanda pasukan Sepanyol.

Piala Dunia 2018 pula menyaksikan krisis dalaman melanda pasukan Argentina.

Argentina’s forward Lionel Messi reacts at the end of the Russia 2018 World Cup Group D football match between Argentina and Iceland at the Spartak Stadium in Moscow on June 16, 2018. (Photo by Juan Mabromata / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADS (Photo credit should read JUAN MABROMATA/AFP/Getty Images)

Argentina yang diambang penyingkiran awal dari saingan Piala Dunia menghadapi tugas sukar apabila mereka wajib menang dalam perlawanan menentang Nigeria pagi ini waktu Malaysia.

Lebih menyukarkan, mereka perlu menang dengan jaringan besar untuk mengesahkan tempat di pusingan seterusnya.

Siapa yang bersalah dalam hal ini? Jorge Sampaoli? Lionel Messi?

Dari mata kasar, kesalahan boleh diletakkan pada Messi kerana beliau dilihat gagal membawa harapan menggunung rakyat Argentina untuk menjulang Piala Dunia.

NIZHNIY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 21: Lionel Messi and team mate Sergio Aguero of Argentina show their dejection during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Croatia at Nizhniy Novgorod Stadium on June 21, 2018 in Nizhniy Novgorod, Russia. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Namun bagi legenda Argentina iaitu Diego Maradona, Messi tidak bersalah dalam hal ini.

Menjelang aksi penting Argentina, Maradona menghantar mesej jelas kepada Messi mengenai situasi genting yang dihadapi beliau dan rakan sepasukan.

“Kepada Lionel Messi, saya ingin bercakap kepada anda yang anda bukanlah bersalah dalam segala perkara, anda langsung tidak bersalah.”

“Saya sentiasa sayangkan anda dan sentiasa hormati anda. Anda telah bermain dengan cemerlang untuk saya semasa di Piala Dunia 2010.”

Mesej itu jelas menunjukkan Maradona mahu menaikkan semangat Messi dan rakan-rakan demi menjulang maruah negara di Piala Dunia.

Jadi, mampukah Messi dan Argentina melakukannya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN