Maradona Minta Ronaldo Jangan Mengarut Iktiraf Diri Sendiri Terbaik Sepanjang Zaman

Legenda Argentina, Diego Maradona tidak bersetuju dengan kenyataan Cristiano Ronaldo yang mengiktiraf dirinya sebagai pemain bola sepak yang terbaik sepanjang zaman, dalam sejarah bola sepak.

Maradona memberitahu yang beliau sendiri lebih baik daripada Ronaldo dan Messi.

“Saya sepatutnya menang lebih banyak Ballon d’or daripada Cristiano Ronaldo dan Messi.”

“Ronaldo terbaik sepanjang zaman? Beritahu dia, berhenti mengarut. Saya sudah menyaksikan ramai pemain hebat termasuk Alfredo Di Stefano, Cryuff, Messi dan Cristiano juga.”

“Apa yang Messi tak ada tetapi ada pada Maradona? Ia perkara yang anda tak mampu beli, ianya ada di dalam diri.”

“Anda rasa Messi akan mampu menyuruh 20 orang pemain duduk mendengar anda bercakap dan memotivasikan mereka seperti yang saya pernah buat?”

Maradona juga memberitahu, dahulu lebih sukar bermain bola sepak kerana banyak faktor. Pengadil lebih longgar ke atas terjahan keras dan juga kondisi padang yang tidak seperti pada hari ini.

“Adakah dahulu lebih sukar untuk bermain bola sepak? Jawapan saya ya, dahulu lebih sukar. Saya pernah masuk ke padang dan datang pemain pertahanan yang tinggi dan besar membentes saya. Dia berkata, itu baru pertama ya, nanti akan lebih banyak.”

“Ronaldo? Dia pemain yang hebat, saya suka dengan dia. Satu lagi yang saya suka pasal Ronaldo, dia mampu memberikan sesuatu ketika pasukan memerlukan dia. Tak ramai pemain seperti itu sejak saya tengok Cruyff.”

Kemudian, Maradona menganggap Ballon d’Or kini agak membosankan kerana ia sudah menjadi pertarungan di antara 2 nama sahaja.

(Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

“Ballon d’Or amat sukar kita melihat orang lain yang menang kerana ia sentiasa diberikan kepada Ronaldo atau Messi. Dah jadi perkara membosankan.”

“Selain daripada mereka berdua, siapa lagi layak? Mungkin Cavani, Mbappe dan Ibrahimovic (sebelum ini). Ramai pemain yang layak selain daripada hanya Messi atau Ronaldo.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN