Maradona: “Saya Berharap Cristiano Ronaldo Itu Orang Argentina”

Lagenda Argentina, Diego Maradona secara terbuka mengharapkan pemain Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain yang berasal dari Argentina.

Bagi beliau, pemain Real Madrid itu seperti seorang haiwan yang rakus mencari mangsa ketika bermain bola.

“Saya berharap yang Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain Argentina.”

“Hal ini kerana bagi saya, Ronaldo umpama seekor haiwan liar yang mahu berkuasa di atas padang.”

Pandangan Maradona itu mungkin sedikit kontroversi kerana beliau sepertinya tidak menyebelahi seorang lagi pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi.

Akan tetapi, Maradona pantas memberi respon. Katanya, beliau tetap mahu Messi memimpin skuad Argentina andai Messi & Ronaldo bermain dalam skuad yang sama.

Bayangkan Ronaldo & Messi bermain bersama untuk skuad Argentina. Gambar: Goal

“Macam mana pun, saya tetap berpihak pada Messi.”

“Menonton beliau bermain adalah terlalu seronok untuk dilakukan, beliau melepasi setiap kawalan pemain lawan dengan mudah.”

Messi sering dibandingkan dengan Maradona yang kerana gagal membawa pulang kejuaraan untuk negara, namun bagi Maradona pemain tersebut akan sentiasa dikenang oleh sukan bola sepak.

“Saya tak ingat bila kali terakhir Messi bermain teruk.”

“Walaupun beliau gagal bawa pulang Piala Dunia, tetapi beliau akan sentiasa diingati dalam dunia bola sepak.”

“Beliau tak mampu untuk beri Piala Dunia untuk Argentina secara sendirian, tetapi kami tak akan lupakan beliau.”

Sumber:

  1. ESPN (2017): I wish were Argentine, but still prefer Lionel Messi – Diego Maradona; http://www.espn.co.uk/football/argentina/story/3145978/i-wish-cristiano-ronaldo-were-argentine-but-still-prefer-lionel-messi-diego-maradona
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram