Maradona Anti Amerika & Rejim Zionis – “Dalam Hati Ini Saya Adalah Seorang Palestine”

Walaupun selepas setahun pemergiannya, dunia masih lagi mengenang pemergian legenda bola sepak dunia, Diego Maradona. Ini termasuklah bagaimana vokalnya bekas kapten Argentina ini melaungkan sokongan beliau terhadap nasib penduduk Palestine.

Pemenang Piala Dunia 1986 ini meninggal dunia genap setahun yang lalu pada hari ini akibat serangan jantung pada usia 60 tahun, selepas bertahun-tahun bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan.

Kematiannya pula tiba selepas dua minggu keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian otak untuk memindahkan darah beku.

Pendirian politik

Ketika hayatnya, Maradona sering diangkat sebagai anti-imperealisme, puak sosialis berhaluan kiri yang sentiasa menyokong gerakan progresif.

Antara sahabat Maradona di dalam dunia politik dengan dukungan idea yang sama ialah pemimpin Venezuela, mendiang Hugo Chaves, dan bekas presiden Cuba iaitu Presiden Fidel Castro. Begitu juga dengan Evo Morales di Bolivia.

Maradona juga secara terang-terangan tidak menyokong Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia apabila sengaja menyarung t-shirt anti-George Bush ketika sedang bersiar-siar sambil ditemani Chavez.

Kerana itu beliau tidak pernah teragak-agak membidas peranan Amerika Syarikat di Syria dengan kenyataan: “Anda tidak perlu belajar sampai ke tahap universiti untuk menyedari Amerika mahu memusnahkan Syria.

Maradona penyokong No.1 Palestine

Maradona secara terbuka memberikan sokongan kepada Palestine walaupun selepas tidak lagi bergelar pemain.

Jurucakap kepada Hamas, Sami Abu Zuhri antara yang tidak ketinggalan mengucapkan takziah kepada keluarga Maradona dan juga peminat beliau di seluruh dunia.

“Kami bersedih atas kematian salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia, Maradona; yang dikenali kerana sokongannya kepada #Palestine,” tulis beliau di Twitter.

Pada 2012, Maradona pernah menggambarkan dirinya sebagai penyokong No.1 rakyat Palestine.

“Saya menghormati dan bersimpati dengan mereka,” kata Maradona.

“Saya akan memberikan sokongan saya kepada mereka tanpa rasa takut.”

Maka tidak hairanlah mengapa pemergian Maradona memberi kesan kepada rakyat Palestine pada hari ini.

Bidas rejim Zionis

Dua tahun kemudian pada ketika Israel melakukan serangan di semenangjung Gaza sehingga menyebabkan 3,000 penduduk Palestine terbunuh, Maradona adalah antara individu terkenal dunia yang membidas dan mengkritik Israel.

“Apa yang Israel lakukan terhadap Palestine adalah memalukan,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Dalam satu peristiwa di mana seorang rakyat Palestine mengibarkan bendera Argentina dengan jersi Maradona di hadapan tentera Israel.

Beberapa tahun kemudian, Maradona dilaporkan berunding dengan Persatuan Bola Sepak Palestine untuk potensi bergelar jurulatih skuad kebangsaan negara itu untuk Piala AFC 2015.

Pada Julai 2018, Maradona mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas di Moscow, sekali lagi untuk menyatakan pendirian dan sokongan terhadap Palestine.

“Di dalam hati ini, saya adalah seorang Palestine,” kata beliau jepada Abbas dalam pertemuan tersebut.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply