Maradona Anggap Messi Ada Kuasa Sakti, Dan Ronaldo Adalah ‘Beast’

Seperti biasa, perdebatan siapa lebih baik; Messi ataupun Cristiano Ronaldo terus menjadi bualan. Kini beberapa pundit dan portal sukan kembali menghidupkan perdebatan ini.

Oleh itu, wartawan turut mahukan pandangan Maradona tentang debat Messi atau Ronaldo pada ketika ini. Namun begitu Diego Maradona mengambil pendekatan untuk menghormati kedua-dua pemain.

Diego Maradona menghamburkan pujian beliau ke atas Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo selepas aksi cemerlang 2 bintang tersebut dalam membantu pasukan masing-masing untuk mara ke suku akhir UCL.

Lionel Messi meledak 2 gol dan melakukan 2 ‘assist’ dalam kemenangan 5-1 Barcelona ke atas Lyon.

Sehari sebelum itu, seteru kepada Messi iaitu, Cristiano Ronaldo pula menjaringkan hatrik untuk mengubah nasib Juventus menang 3-2 secara agregate ke atas Atletico. Dalam perlawanan pertama Atletico menang 2-0.

Ronaldo

Bagi Maradona, kedua-dua pemain tersebut sangat istimewa dan ‘berkuasa’.

Maradona berkata: “Ada pemain yang disentuh dengan kayu ajaib dan terus memiliki magis, itulah Lionel Messi. Kami orang Argentina sangat berbangga kerana Messi adalah orang Argentina dan tidak meninggalkan negara ini untuk Sepanyol.”

Maradona merujuk kepada kesetian Messi bersama negaranya meskipun pernah ditawarkan bermain untuk Sepanyol pada satu ketika dahulu. Messi tinggal di Sepanyol sejak remaja lagi di Akademi La Masia.

Seterusnya, Maradona menganggap Ronaldo sebagai ‘beast’, makhluk yang sukar dihentikan apabila sudah memahukan sesuatu.

“Dan seorang lagi adalah ‘beast’, Cristiano Ronaldo adalah simbol kuasa sebenar dan kini beliau menjadi ahli sihir. Beliau berkata akan mencetak 3 gol dan beliau benar-benar menjaringkan 3 gol.”

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi penjaring utama pasukan masing-masing – membantu Barcelona dan Juventus dalam pemburuan kejuaraan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN