Manzoor Azwira Harap Anak Buah Dapat Kekalkan Momentum

Manzoor Azwira

Ketua jurulatihnya, Manzoor Azwira Abdul Wahid, mengakui sedikit risau momentum yang sedang dibina skuad Harimau Kumbang itu akan terjejas jika Liga Malaysia kembali bersambung selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 berakhir.

Segala-galanya tampak sudah menjadi permulaan indah buat Pulau Pinang musim ini di pentas Liga Premier apabila masih kekal rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan serta berjaya menyamai pencapaian terbaik di awal musim yang pernah dilakukan pada 2015.

Bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 terpaksa membuatkan badan pentadbir liga, Malaysian Football League(MFL), menangguhkan liga sejak 16 Mac lalu membuatkan catatan indah Pulau Pinang terhenti seketika.

Namun, beliau menjadikan itu sebagai cabaran buat dirinya dalam membina kembali pasukan sambil sentiasa berusaha mengingatkan semua pemain jangan leka mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh PKP.

” Kalau diikutkan resipi prestasi cemerlang Pulau Pinang di awal musim adalah kerana kami bermula antara pasukan paling awal melakukan persiapan dan ini membantu banyak dalam tingkatkan persefahaman pemain.

” Bila liga ditangguhkan seperti ini, memang saya bimbang rentak positif yang kami sedang bina akan berbeza memandangkan tempoh persiapan nanti mungkin tidak sama seperti persiapan pra musim.

” Jadi, saya anggap ini sebagai satu cabaran sepanjang tempoh PKP ini dalam usaha memastikan pemain kekal berdisiplin walaupun melakukan latihan di rumah.

” Saya telah merangka pelbagai program sepanjang tempoh PKP ini yang bersesuaian dengan keadaan pemain tetapi mereka juga kena sama-sama membantu dengan ikuti apa yang telah diarahkan,” katanya.

FOTO: FA Penang

Pulau Pinang sempat bergelar pendahulu seketika Liga Premier selepas dua perlawanan apabila menang besar 4-2 ke atas Sarawak United dan 4-1 bertemu Selangor 2.

Namun,dua keputusan seri iaitu ketika berdepan Perak II dan Kuching FA membuka ruang kepada Terengganu FC II serta Kelantan United FC memintas kedudukan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Manzoor merasakan bangga dengan pengiktirafan media sosial 433 terhadap jaringan Endrick Dos Santos ketika bertemu Sarawak United yang disifatkan mempunyai ciri-ciri gerakan tiki-taka.

Video itu sudah ditonton lebih kira-kira 5 juta dalam media sosial 433 sejak 8 April lalu yang mempunyai 27.3 juta pengikut.

” Ini satu perkara yang menggembirakan sebagai jurulatih dan saya anggap jaringan tersebut sebenarnya dibina atas hasil gerakan semangat berpasukan.

” Perkara sebegini mampu memberikan keyakinan tambahan buat pemain dan sebagai jurulatih sudah tentu mengharapkan mereka mampu terus konsisten pada masa akan datang.

” Apa yang pasti, saya memang teruja dengan gol terbabit kerana mendapat pengiktirafan sehingga luar negara dan harap perkara ini mampu berikan semangat bukan sahaja buat pemain-pemain muda Pulau Pinang tetapi untuk seluruh Malaysia,” ujar Manzoor Azwira lagi.

Kredit foto: FA Penang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN