Manuel Locatelli: “Gol Saya Ketika Menentang Juventus Adalah Untuk Semua Orang!”

Siapa perasan kebangkitan AC Milan musim ini?

Ternyata hasil bimbingan dari Vicenzo Montella, gergasi yang sudah lama tidur ini sedikit demi sedikit kembali bangkit menunjukkan diri mereka yang sebenar!

Mereka juga sudah melaungkan amaran keras kepada semua pencabar Serie A apabila menewaskan juara bertahan Juventus dalam perlawanan yang menyaksikan tiket habis dijual di San Siro.

Kebangkitan Locatelli

Sedikit demi sedikit kita disajikan dengan aksi memukau dari produk-produk akademi AC Milan.

Sebelum ini tumpuan terarah kepada penjaga gol mereka Gianluigi Donnaruma yang melakukan penampilan pertama untuk skuad utama AC Milan pada usia 16 tahun dan 8 bulan.

Beliau juga seolah telah menerima ‘restu’ dari lagenda Itali, Gianluigi Buffon.

“Donnaruma adalah sang bertuah.”

Donnaruma

Nampak seperti nama Gianluigi adalah nama yang bertuah bagi bola sepak Itali bukan?

Itu cerita Donnaruma, musim ini tumpuan terarah kepada satu lagi bakat muda iaitu Manuel Lucatelli.

Beliau juga muncul dari akademi AC Milan dan melakukan penampilan pertamanya pada usia 18 tahun.

Locatelli ternyata mencipta impak besar. Siapa sangka jaringan pertamanya di Serie A untuk AC Milan ketika menentang Sassuolo adalah hasil dari percubaan pertamanya dalam karier Serie A beliau?

“Gol ini untuk semua orang!”

Locatelli menjadi wira untuk pasukannya ketika menentang Juventus apabila menjaringkan gol kemenangan dalam aksi sengit antara 2 pasukan tersebut.

Semua orang ternyata terkejut dengan kemenangan AC Milan. Mana tidaknya, ramai peminat memilih Juventus untuk memenangi perlawanan tersebut.

Locatelli juga terkejut selepas menjadi wira pasukannya. Hal ini kerana beliau sudah menewaskan penjaga gol terbaik di dunia!

“Saya masih tak percaya apa yang berlaku. Saya menjaringkan gol menewaskan penjaga gol terbaik di dunia dan ini membuatkan jarak kami dengan mereka hanya dipisahkan dengan 2 mata sahaja!”

ManuelLocatelli

Locatelli juga menghadiahkan gol tersebut untuk ahli keluarganya.

“Gol ini saya hadiahkan kepada semua. Kepada ibu bapa, datuk nenek, pakcik-pakcik saya dan sepupu saya yang asalnya menyokong Juventus tetapi hari ini menyokong AC Milan.”

Locatelli juga berterima kasih kepada presiden AC Milan, Silvio Berlusconi yang sentiasa mahukan beliau berada dalam skuad utama AC Milan.

“Saya mesti teruskan prestasi ini. Saya perlu sentiasa berdiri teguh supaya saya tidak jatuh. Gol itu juga saya dedikasikan kepada Silvio Berlusconi kerana beliau selalu mahukan saya dalam skuad senior AC Milan.”

“Saya tak sabar nak tengok gol saya dalam ulang tayang di televisyen!”

Locatelli belum mahu menganggap pasukanya adalah pencabar utama kejuaraan Serie A.

“Kami menang pertarungan itu. Tapi kami belum menang peperangan lagi. Jadi kami berusaha lagi.”

Baca juga: Laporan Prestasi AC Milan Setakat Ini. Montella Jelas Tidak Menghampakan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN