Manfaat Futsal Bantu Perkembangan Bola Sepak Dari Perspektif Bintang Dunia

Futsal Bola Sepak

Hubungan erat futsal dan bola sepak tidak dapat disangkal lagi. Ikatan kedua-dua sukan ini boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing.

Kualiti tinggi yang diperlukan terhadap penguasaan taktik, teknik, kemahiran, kepantasan, ketangkasan dan pemikiran kreatif dalam membuat keputusan dalam sukan futsal sangat berguna juga buat bola sepak.

Ia bukanlah satu omong kosong apabila hakikat itu diakui sendiri oleh pemain-pemain berkelas dunia yang menganggap futsal dapat meningkatkan kemahiran seseorang pemain bagi menggunakan kelebihan tersebut di padang bola sepak.

Nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Ronaldo Nazario De Lima bahkan legenda Pele sekalipun melihat kelebihan sukan futsal dalam membangunkan kualiti yang sangat baik bagi seseorang pemain bola sepak.

Ia juga dapat menepis tohmahan sesetengah pihak yang menganggap futsal ini ‘membunuh’ bola sepak malah pemain futsal tidak mampu atau sesuai untuk menjadi pemain bola sepak yang baik.

Ayuh kita singkap pendapat personaliti-personaliti hebat dalam kancah bola sepak dunia ini mengenai kebaikan futsal dalam membantu perkembangan bola sepak, menurut sumber FIFA.

Serangan futsal
CALI, COLOMBIA – OCTOBER 01: Mehran Alighadr (L) of Iran tackles Re (R) of Portugal during the FIFA Futsal World Cup Third Place Play off match between Iran and Portugal at the Coliseo El Pueblo stadium on October 1, 2016 in Cali, Colombia. (Photo by Alex Caparros – FIFA/FIFA via Getty Images)

1) Lionel Messi

”Ketika saya masih kecil di Argentina, saya bermain futsal di jalanan dan juga untuk kelab saya [Newell’d Old Boys]. Ia merupakan pengalaman yang hebat, dan ianya sangat membantu saya untuk menjadi seperti hari ini.”

2) Cristiano Ronaldo

”Di Portugal kami semua membesar dengan futsal. Gelanggang yang kecil membantu meningkatkan kualiti gerak kaki saya, sifat permainan ini membuatkan saya bebas ketika beraksi. Jika tidak kerananya, saya tidak akan menjadi pemain seperti sekarang ini.”

3) Andreas Iniesta

”Ketika saya bermula, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pemain bola sepak. Saya bermain futsal sama seperti kawan saya yang lain dan kami menghabiskan masa bermain di taman permainan sekolah.”

”Ianya adalah pendidikan yang saya bawa selama ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, permainan saya ketika ini adalah apa yang saya lakukan ketika berusia 8 hingga 10 tahun.”

4) Xavi

”Dalam futsal, anda dapat melihat sama ada pemain benar-benar berbakat. Bagi bola sepak, anda tidak semestinya dapat mengenal pasti bakat dengan mudah kerana ia jauh lebih fizikal.”

”Tetapi dengan futsal anda boleh melihat perincian kecil dari segi kualiti, ‘class’ dan pemahaman taktikal.”

5) Ronaldo Luiz Nazario De Lima

”Ketika berfutsal saya merasakan ianya sangat menakjubkan, sangat penting dalam hidup saya. Semua pemain harus bermula dengan sukan ini.”

5) Pele

”Saya bermain futsal beberapa tahun sebelum saya menyertai Santos. Futsal sangat penting dalam peningkatan kawalan bola, kecekapan bertindak, hantaran, menggelecek, keseimbangan dan fokus saya. Anda perlu berfikir dan bermain dengan pantas untuk memudahkan apabila anda berubah ke bola sepak.”

Kredit featured image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai futsal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN