Mancini: Mario Balotelli Ada Kualiti Kembali Barisi Skuad Itali

Mario Balotelli

Roberto Mancini yang kini bertindak selaku pengurus skuad kebangsaan Itali menegaskan bahawa penyerang kontroversi, Mario Balotelli mempunyai kualiti baik untuk kembali dipanggil memperkuatkan pasukan tersebut.

Mancini yang pernah bekerjasama dengan Balotelli ketika di Manchester City melihat penyerang berusia 30 tahun itu terlebih dahulu perlu melakukan sesuatu di kelabnya, Brescia.

Bersama Brescia pada musim 2019/20, Balotelli hanya mampu menyumbat lima jaringan dalam aksi Serie A dan pencapaian tersebut masih belum mencukupi untuk meyakinkan bekas pengurusnya itu untuk memanggilnya semula ke skuad Azurri.

”[Balotelli], dia sememangnya salah seorang yang terbaik dari segi kualiti tetapi itu masih belum mencukupi [dipanggil ke kem skuad kebangsaan.”

”Dia perlu memberikan lebih lagi. Di Brescia, dia tidak memberikan sumbangan berkesan dan dia mengetahuinya.”

”Harapan kami adalah untuk memilikinya pada tahap 100 peratus, seperti pada tahun 2012 di bawah kendalian [Cesare] Prandelli,” ujar Mancini hasil laporan daripada Goal.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kempen Kejohanan Eropah [EURO] 2012 di Poland dan Ukraine adalah antara prestasi terbaik dipamerkan pemain penyerang itu dalam kariernya.

Beliau muncul wira buat pasukannya apabila dua jaringan ketika aksi separuh akhir bertemu Jerman telah membawa Itali ke perlawanan akhir bagi menempah pertemuan menentang Sepanyol.

Meskipun gagal membantu Itali muncul juara kejohanan tersebut, Balotelli telah berkongsi status selaku penjaring terbanyak bersama lima orang pemain lagi iaitu Mario Mandzukic, Mario Gomez, Cristiano Ronaldo, Alan Dzagoev dan Fernando Torees yang menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan.

Kredit foto: Alessandro Sabattini/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Balotelli:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram