Manchester United Sedia Pecah Rekod Dunia Untuk Dapatkan Koulibaly

Manchester United dilaporkan serius dalam usaha mendapatkan pemain bek tengah Napoli, Kalidou Koulibaly. Manchester United melakukan bidaan rekod dunia untuk bek tengah dilaporkan sekitar £90 juta.

Buat masa ini rekod dunia untuk bek tengah dipegang oleh Virgil Van Dijk dengan nilai £75 juta.

Namun bidaan Manchester United itu dikatakan tidak dilayan Napoli. Ini kerana Koulibaly dilaporkan ada klausa perlepasan bernilai £129 juta (€150 juta) di dalam kontrak beliau.

Presiden Napoli, Aurelio de Laurentis menyatakan sebelum ini pihak beliau menerima beberapa bidaan dan mereka menolaknya. CdS di Itali pula mendedahkan salah satu daripadanya adalah bidaan dari Manchester United.

Ole Gunnar Solskjaer akan memulakan musim penuh beliau pada musim hadapan dan salah satu daripada keutamaan beliau adalah pertahanan. Manchester United antara pasukan yang bergelut dengan pembentukan unit pertahanan yang konsisten bermain setiap minggu.

Manchester United dijangka akan datang dengan tawaran baru selepas ini.

Kalidou Koulibaly antara bek tengah yang menjadi sasaran banyak pasukan. Real Madrid antara kelab yang meletakkan Koulibaly sebagai pemain dalam senarai beli jika Raphael Varane berubah angin pada musim akan datang.

Namun Zidane masih yakin bek tengah Perancis itu akan kekal bersama dengan Real Madrid.

Selain daripada Koulibaly, Solskjaer juga mensasarkan pemain bek tengah Spurs, Toby Alderweireld dalam senarai pembelian mereka. Manchester United masih mencari bek tengah berkelas dunia untuk mengisi slot kesebelasan utama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN