Manchester United Kenakan Denda Kepada Romelu Lukaku

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dikatakan tidak kembali ke Carrington untuk latihan . Sebelum itu beliau telah berada di Belgium dan berlatih dengan pasukan Anderlecht, setelah skuad Manchester United diberikan cuti tambahan selepas perlawanan pra musim menentang Milan.

Denda tinggi

Menurut portal Daily Star, Lukaku akan didenda dengan nilai gaji mingguan. Laporan mengatakan beliau menerima 400 ribu Pound Sterling seminggu.

Ketidakhadiran Lukaku ke sesi latihan didakwa ada kaitan desakan untuk berhijrah. Juventus dan Inter Milan dilaporkan mempunyai minat untuk menandatangani bekas penyerang Chelsea itu.

Pada Julai lalu, Manchester United menolak tawaran membeli pemain ini dari Inter Milan. Kelab terkenal Itali itu menawarkan harga kira-kira 54 juta Pound Sterling untuk Lukaku.

Tiada ruang untukmu

Lukaku dilihat sebagai tidak berada di dalam perancangan pengurus Ole Gunnar Solskjaer pada peringkat awal kempen musim ini – selepas pemain itu tidak diturunkan dalam semua enam perlawanan pra musim sebelum ini.

Lukaku bakal berhadapan akan digugurkan oleh Ole Gunnar Solksjaer bagi aksi menentang Chelsea dalam saingan liga nanti.

Malah, ada dakwaan mengatakan Lukaku juga berpotensi untuk tidak disenaraikan dalam mana-mana perlawanan, setelah Marcus Rashford dan Anthony Martial dilihat sebagai pilihan utama di hadapan Lukaku untuk mengetuai jentera serangan United musim ini.

Lukaku menyertai Manchester United pada Julai 2017. Sebelum ini, beliau menjadi pemain Everton.

Isytihar nombor Maguire

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 04: (EXCLUSIVE COVERAGE) Harry Maguire of Manchester United poses with Manager Ole Gunnar Solskjaer after signing for the club at Aon Training Complex on August 04, 2019 in Manchester, England. (Photo by Manchester United/Manchester United via Getty Images)

Dalam perkembangan lain, Manchester United telah memberikan Harry Maguire jersi bernombor 5. Semasa menjadi pemain Hull City dan Sheffield United, Maguire pernah memakai jersi bernombor 5.

Maguire berpindah ke Old Trafford dengan nilai perpindahan 80 juta Pound Sterling.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN