Manchester United Kelab Bola Sepak Paling Bernilai Dengan Nilai Perusahaan £2.6 Billion

Manchester United adalah kelab bola sepak yang paling bernilai di Eropah untuk tahun 2017. Hasil daripada analisis kumpulan perkhidmatan perniagaan KPMG, United kini memiliki nilai kira-kira £2.6 billion.

KPMG meletakkan Manchester United sebagai kelab bola sepak dengan nilai perusahaan paling tinggi mengatasi gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Kajian KPMG ini melibatkan analisis nilai dari segi hak penyiaran, keuntungan (revenue), populariti, potensi sukan dan pemilikan stadium.

Hasil daripada kajian KPMG ke atas kajian 32 pasukan elit di Eropah, kelab Inggeris menguasai senarai 10 teratas.

Ini apabila 6 daripada 10 tempat teratas dimiliki kelab EPL. Ianya kerana usaha pihak EPL yang menjadikan liga Inggeris sebagai liga paling tinggi nilai komersial di dunia.

Mereka menjadi liga yang paling tinggi hak penyiaran. Pasukan di tangga ke-20 EPL musim 2016/17 pun masih mampu menerima £98 juta.

Pengarah Global KPMG, Andrea Sartori yang mengetuai kajian ini berkata:

“Nilai keseluruhan industri bola sepak itu telah berkembang sejak tahun lepas.”

“Hal ini jelas dibantu oleh ledakan penyiaran bola sepak, strategi pengantarabangsaan operasi komersial kelab.”

“Pelaburan kelab kini lebih menjurus kepada kemudahan milik persendirian dan moden. Seterusnya adalah amalan pengurusan keseluruhan lebih baik, juga antara sebab utama pertumbuhan ini.”

“Dari segi nilai hak media, EPL duduk dengan selesa di atas mengatasi liga Eropah yang lain, walaupun liga utama Eropah yang lain telah menggariskan strategi yang jelas untuk bersaing untuk perhatian peminat global.”

Berikut adalah 10 teratas untuk nilai perusahaan tertinggi kelab Eropah mengikut laporan KPMG.

1. Manchester United -£2.6 billion

2.Real Madrid – £2.5 billion

3. Barcelona – £2.3 billion

4. Bayern Munich – £2.1 billion

5. Manchester City – £1.73 billion

6. Arsenal – £1.7 billion

7. Chelsea – £1.3 billion

8. Liverpool – £1.1 billion

9. Juventus – £1 billion

10. Tottenham – £1 billion

Spurs antara kelab yang meningkat mendadak di dalam senarai dengan memintas Paris St. Germain. Juventus dan Spurs juga menjadi ahli baru dalam 10 senarai teratas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN