Manchester United Harus Sentiasa Sasarkan Trofi, Empat Teratas Tidak Pernah Cukup – Solskjaer

Manchester United tidak mahu hanya berpuas hati untuk menamatkan musim ini sekadar sebagai empat pasukan terbaik liga. Lebih daripada itu, sasaran utama musim ini ialah untuk terus kekal memburu trofi.

Demikianlah apa yang dikatakan oleh pengurus interim, Ole Gunnar Solskjaer, seperti yang dilaporkan oleh BBC semalam.

Dahagakan kejayaan

Manchester United kini menduduki tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan masih kekal bersaing di dua pertandingan, iaitu Piala FA Inggeris dan juga UEFA Champioons League.

“Kerana kami adalah Man United. Anda harus sentiasa mensasarkan untuk menang kejuaraan liga,” ujar Solskjaer yang setakat ini merekodkan enam kemenangan di dalam semua perlawanan EPL, sejak mengambil alih daripada Jose Mouriho pada Disember.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

“Kami tidak boleh melakukan perkara itu pada tahun ini, namun kami harus berbuat demikian pada musim akan datang.”

Manchester United kini ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool. Namun demikian telah mengurangkan jarak mata dengan empat pasukan teratas dari 11 mata kepada 3 mata, sejak Solskjaer mengambil alih.

Tembak Pochettino?

Kenyataan dari Solskjaer ini tiba selepas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata ia adalah lebih penting pasukan kendalian beliau menduduki empat tempat teratas liga, dan beraksi di Champions League musim hadapan berbanding dengan sasaran memenangi trofi.

(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

“Kami masih bertanding di [UEFA] Champions League, kemudian Piala FA. Kami tidak boleh berkata sasarannya ialah empat teratas, dan kemudian semuanya selesai,” tambah Solskjaer.

“Seharusnya kita melihat seperti, ‘apakah peluang untuk memenangi apa-apa trofi pada tahun ini?’ dan saya akan mengharungi setiap perlawanan sebagai pengurus Man United dengan fikiran kami boleh memenangi perlawanan-perlawanan ini.

Nikmati setiap kejuaraan

Kejuaraan terakhir milik Manchester United ialah trofi UEFA Europa League yang dimenangi pada 2017, setelah setahun sebelum itu turut bergelar juara Piala FA. Kali terakhir kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Old Trafford pula ialah pada musim 2012/13.

Skuad kendalian Solskjaer akan meneruskan perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Chelsea di Stamford Bridge pada pertengahan bulan hadapan. Manakala di pertandingan UEFA Champions League, Paris Saint-Germain akan menjadi lawan dalam perlawanan yang akan diadakan terlebih dahulu di Old Trafford.

‘Baby-Faced Assassin’ Foto: Mathew Ashton

“Jika anda berjaya memenangi trofi, itu adalah perkara menakjubkan untuk semua orang di kelab,” ujar pengurus yang turut memiliki enam kejuaraan liga, dua Piala FA, dan satu kejuaraan Champions League ketika bergelar pemain di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

“Ia adalah antara perkara terbaik di dalam hidup anda jika berjaya memenangi trofi, kerana anda tidak akan tahu bila trofi seterusnya akan dimenangi. Seorang pengurus akan berkata kepada pemainnya untuk menikmati saat kemenangan itu – tanpa mengira trofi apa pun yang anda berjaya menangi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN