Manchester United Didenda UEFA Kerana Peminat Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo adalah pemain berstatus legenda di Old Trafford. Ini adalah kerana Manchester United berada di prestasi terbaik ketika bintang Portugal itu menyarung jersi pasukan itu di antara tahun 2003 sehingga 2009.

Sepanjang enam musim bersama Manchester United, Ronaldo telah membantu kelab Manchester itu muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga musim berturut-turut di antara tahun 2006 sehingga 2009.

Selain daripada kejuaraan Piala FA pada musim 2003/04, Ronaldo turut membantu pasukan yang berada di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada ketika itu menjuarai pertandingan UEFA Champions League pada musim 2007/08.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
Padah peminat fanatik Ronaldo

Walaupun Ronaldo sudah pun meninggalkan Old Trafford lebih sembilan tahun yang lalu, tidak boleh dinafikan pemain itu masih mempunyai ramai peminat di kalangan penyokong setia Manchester United.

Kali ini ia telah memberi padah kepada kelab tersebut, selepas UEFA mendenda Manchester United sebanyak €8,000 disebabkan perbuatan seorang penyokong yang terlampau obses dengan pemain itu.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Kelab Manchester itu didenda oleh badan induk bola sepak eropah itu selepas beberapa orang penyokong menceroboh memasuki padang ketika perlawanan untuk bertemu secara bersemuka dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Kejadian berlaku ketika perlawanan pada 24 Oktober lalu – di mana Juventus merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Paulo Dybala. Walaupun masih disanjung di Old Trafford, Ronaldo tetap menampilkan permainan bertenaga – yang turut menghasilkan bantuan gol buat rakan sepasukan beliau dari Argentina itu.

Bukan pertama kali

Hukuman terhadap Manchester United disahkan oleh UEFA pada Jumaat lalu. Namun ini bukan pertama kali kelab tersebut berhadapan dengan hukuman oleh badan induk bola sepak Eropah tersebut pada musim ini.

Sebelum perlawanan menentang Juventus, Manchester United turut didenda sebanyak €15,000 selepas lewat hadir ke stadium akibat kesesakan jalan raya – mengakibatkan sepak mula di Old Trafford ditunda selama lima minit.

Manchester United kini menduduki tangga kedua Kumpulan H saingan UEFA Champions League, dan bakal berhadapan dengan Young Boys pada awal pagi Rabu, selepas berjaya menewaskan Juventus 2-1 di Turin pada 8 November lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN