Manchester United Sekali Lagi Bida Morata, Gaji Dijangka Bernilai £4 Juta Semusim

Semalam kami melaporkan yang pihak Alvaro Morata menerusi ejen dan bapanya telah berjumpa dengan Real Madrid untuk menyegerakan proses pemindahan pemain tersebut ke Manchester United.

Kini, Manchester United dikatakan telah melakukan bidaan ketiga untuk mendapatkan pemain tersebut.

Manchester United sebelum ini telah melakukan 2 bidaan untuk mendapatkan Morata dengan melakukan bidaan sebanyak €60 juta pada bidaan pertama dan €70 juta pada bidaan kedua.

Kali ini, merekak kembali dengan bidaan yang lebih baik sebanyak €75 juta untuk mendapatkan bekas pemain Juventus itu.

(Photo by Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images)

Namun begitu, jumlah tersebut masih kurang sebanyak €15 juta dari nilai yang telah ditetapkan oleh kelab Sepanyol itu iaitu sebanyak €90 juta.

Morata dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Manchester United dengan menyatakan secara terbuka kepada Real Madrid yang beliau mahu menyertai juara Europa League itu.

Beliau dikatakan bersedia untuk kembali berkerjasama dengan Jose Mourinho yang merupakan pernah menjadi pengurus di Real Madrid satu ketika dahulu.

Menurut sumber, Morata dikatakan bersetuju untuk menerima jumlah gaji yang besar dalam tempoh semusim iaitu sebanyak €4 juta semusim.

Sumber: 

  1. The Guardian (2017): Manchester United to make improved £66m offer for Real Madrid’s Álvaro Morata; https://www.theguardian.com/football/2017/jul/05/manchester-united-alvaro-morata-new-offer

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN