Manchester City Tundukkan Juara Eropah Liverpool Untuk Julang Piala Komuniti

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menentang Juara Eropah, Liverpool. Demikianlah gambaran yang digemari oleh ramai pengikut bola sepak Inggeris untuk pertembungan dua pasukan yang bertemu satu sama lain di Piala Komuniti Inggeris pada malam tadi.

Manchester City tampil dalam perlawanan ini selaku juara liga, turut tampil sebagai juara Piala FA dan Piala Carabao – kejuaraan treble domestik – menjadikan lawan di Piala Komuniti diberikan kepada Liverpool yang tampil selaku nain juara EPL pada musim lalu.

Kita semua tahu kisah drama di pengakhiran musim lalu yang menyaksikan bagaimana kedua-dua pasukan terpaksa menunggu sehingga ke hari terakhir untuk menentukan kejuaraan – sebelum Liverpool kecewa dipisahkan hanya dengan satu mata selepas 29 tahun kempunan.

Mujur kejuaraan di Eropah beberapa minggu selepas itu berjaya mengubat duka – dan Piala Komuniti Inggeris pada musim ini menjadi tanda kedua-duanya akan terus menjadi pilihan utama untuk kejuaraan.

Perlawanan menarik

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan tidak pernah mengecewakan. Penyokong dan penonton neutral disajikan dengan corak permainan menarik dengan dua falsafah moden yang mirip kerana berasaskan fluidity, binaan permainan dari bawah, dan pressing yang saling menyukarkan satu sama lain namun berbeza kerana sistem berbeza ditampilkan oleh dua jurulatih elit, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp.

Liverpool yang melalui tempoh pra musim tanpa beberapa tongak utama terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan awal Raheem Sterling, setelah pemain antarabangsa England itu menyepak masuk bola hasil flick mengelirukan oleh David Silva.

Jaringan tersebut adalah gol pertama Sterling menentang bekas kelabnya itu. Perlawanan kemudian menjadi semakin seimbang, setelah tanpa Sadio Mane, ancaman oleh Liverpool kebanyakkannya datang dari larian gerakan Mohamed Salah.

Babak kedua pula menyaksikan tiang dan palang gol digegarkan sebanyak tiga kali. Pertama, percubaan oleh Sterling selepas situasi satu lawan satu. Kemudian ia diikuti oleh rembatan Virgil van Dijk yang mengenai palang, sebelum giliran Salah mengegarkan tiang.

Liverpool akhirnya menemui gol penyamaan yang dicari-cari pada minit ke-77 yang disudahkan oleh Joel Matip selepas pemain itu menanduk masuk hantaran Van Dijk.

Liverpool kecewa lagi

Arus perlawanan tampak berubah selepas itu. Liverpool tampak seperti akan muncul sebagai pemenang. Sayang seribu kali sayang, seolah-olah seperti ada badi, Mohamed Salah misalnya terlepas tiga peluang keemasan – termasuk yang diselamatkan oleh clearance menakjubkan oleh Kyle Walker tatkala ia seolah seperti sudah satu kepastian.

Akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti. Tatkala semua pemain Manchester City berjaya menewaskan Alisson Becker – pemenang tiga golden glove musim lalu – Claudio Bravo diangkat menjadi wira kerana berjaya menyelamatkan percubaan Georginio Wijnaldum.

Ia juga sekaligus bermakna Manchester City kekal sebagai jaguh mutlak sekurang-kurangnya di peringkat domestik buat ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN