Manchester City Sediakan £90 Juta Untuk Dapatkan Harry Kane

Harry Kane Manchester City

Untuk memastikan Manchester City terus kekal sebagai pencabar kejuaraan pada setiap musim, mereka kini menyasarkan untuk mendapatkan Harry Kane dengan menyediakan £90 juta bagi dilaburkan pada musim panas akan datang.

Perkembangan tersebut didedahkan oleh media Jerman Bild yang melaporkan penyerang England tersebut sebahagiand daripada pelan jangka panjang bagi menggantikan Sergio Aguero.

Pemain berusia 27 tahun itu jelas merupakan di antara penyerang terbaik di Eropah ketika ini. Beliau telah menjaringkan 152 gol dalam Liga Perdana Inggeris dan telah mememangi anugerah penjaring terbanyak sebanyak dua kali.

Bagaimanapun Kane masih belum memenangi sebarang kejuaraan selepas lebih 10 tahun bersama Spurs dan ianya pasti akan merencatkan kariernya tanpa menjulang trofi.

Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini menolak kemungkinan untuk bahawa kelabnya akan menandatangani pemain baharu apabila jendela perindahan dibuka pada Januari ini.

“Tidak, saya tak rasa akan berlaku dengan situasi ekonomi di seluruh dunia [yang teruk] ketika ini. Semua kelab sedang bergelut ketika ini, kami tidak terkecuali,” ujar Guardiola dalam satu temubual sebelum ini.

Namun beberapa sumber melaporkan ianya adalah langkah penjimatan untuk memastikan mereka mempunyai dana yang cukup untuk digunakan semasa tempoh perpindahan akan datang.

Aguero yang kini sudah berusia 32 tahun dalam tahun terakhir kontraknya dan berkemingkanan besar tidak akan menyambung khidmatnya di Stadium Etihad selepas hampir 10 tahun bersama kelab tersebut.

Penyerang Argentina itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 256 gol, namun sejak akhir-akhir ini beliau bergelut dengan beberapa siri kecederaan yang menghadkan penampilannya.

Dengan prestasi Gabriel Jesus yang agak sederhana, City sedang mencari pengganti yang mampu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Aguero. Selain Kane, mereka turut menyasarkan penyerang muda Uruguay, Darwin Nunez yang kini beraksi untuk Benfica.

Kredit Foto: Goal

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Harry Kane dan Manchester City:

Penyerang Muda Benfica Darwin Nunez Jadi Rebutan Man City, Real Madrid

City Sudah Ada Perancangan Untuk Lionel Messi, Mahu Ikat Kontrak 10 Tahun

Messi, Ronaldo Bakal Disatukan Di Manchester City Musim Depan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN