Manchester City Kecam Dan Jejak Penyokongnya Yang Rasis Kepada Fred

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Manchester City meluahkan kekesalan mereka dan juga berjanji akan mengambil tindakan tegas kepada seorang penyokongnya yang menyerang Fred dengan isyarat berbentuk perkauman.

Videp tersebut telah tular dengan cepatnya di media sosial.

Dalam aksi derbi Manchester, salah seorang penyokong City telah memberikan isyarat monyet kepada Fred. Ia berbentuk cacian dan penghinaan ke atas Fred, pemain kulit hitam.

Manchester United berjaya memenangi derbi tersebut hasil 2 gol oleh Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Sementara gol City adalah menerusi pemain gantian, Nicolas Otamendi.

Insiden pada separuh masa kedua, melibatkan Fred itu benar-benar tidak boleh diterima dan ianya dirakamkan secara langsung.

Manchester City dalam kenyataan medianya berkata: “Manchester City mendapat tahu tentang video yang tular di media sosial – memaparkan bahawa penyokong kami membuat satu isyarat berbentuk cacian rasis.”

“Insiden itu berlaku dalam perlawanan menentang Manchester United pada malam tadi.”

https://twitter.com/i/status/1203389225049186304

“Para pegawai kami telah bekerjasama dengan Polis Manchester untuk mengenalpasti identiti kesemua individu yang disyaki terlibat.”

Selain itu terdapat juga objek yang dibaling ke arah Fred.

“Kelab juga bekerjasama dnegan Polis Manchester bagi menyiasat insiden balingan objek ke atas padang pada hari ini.”

“Kelab kami mengamalkan polisi tidak akan bertolenrasi ke atas mana-mana perbuatan berbentuk diskriminasi, serangan rasis. Mana-mana individu yang didapati bersalah, mereka akan digantung seumur.”