Komplot FFP: Manchester City Dan Infantino Anggap Tuduhan Football Leaks Tak Berasas

Manchester City dan Infantino menafikan tuduhan daripada Der Spiegel ataupun Football Leaks tentang komplot untuk menyelamatkan kelab itu daripada salah laku Financial Fair Play (FFP).

Laporan yang dianggap Der Spiegel sebagai satu pendedahan – menyatakan yang Setiausaha Agung Uefa ketika itu – Gianni Infatino mencabuli siasatan CFCB untuk melindungi Manchester City dan PSG daripada hukuman FFP secara sistematik.

Sekaligus tindakan Infantino itu dianggap mengkhianati organisasi beliau sendiri – ketika itu.

Der Spiegel melaporkan Man. City dan PSG menyatakan beberapa butiran secara tak tepat dan berlebihan. Ada butiran tajaan berselindung di sebalik organisasi lain.

Pada 2014, Manchester City pernah bersalah kerana melanggar FFP selepas suntikan dana yang mencecah billion pound sterling daripada Sheikh Mansour sejak 2008.

MANCHESTER, UNITED KINGDOM – SEPTEMBER 13: A Manchester City fan holds a fake British Pound note with the face of Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan during the Barclays Premier League match between Manchester City and Chelsea at The City of Manchester Stadium on September 13, 2008 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Apa yang berlaku ialah – Uefa mengenakan tindakan kepada Man. City. Mereka didenda £49 juta – satu hukuman yang dituduh oleh Der Spiegel tak adil – ada perjanjian pintu belakang berlaku di antara Man. City dan Uefa atas campur tangan Gianni Ifantino.

Uefa tidak menghukum Man. City lebih berat. Kelab itu tak dilarang daripada menyertai UCL seperti mana beberapa kelab lain. Sebaliknya Man. City dibenarkan bermain di UCL 2014/15 dengan saiz skuad mereka perlulah dikecilkan kepada 21 pemain sahaja – berbanding 25 pemain untuk pasukan lain.

Ianya mengundang kemarahan beberapa pihak yang menyatakan Uefa mengaplikasikan peraturan berbeza kepada Man. City. Kenapa perlu ada kelonggaran ke atas mereka? Sedangkan pasukan lebih kecil lain terus dihalang daripada bermain di UCL mahupun UEL.

Der Spiegel kemudian menuduh Infantino bertemu dengan pemilik Man. City secara rahsia untuk melindungi kelab itu daripada terkena hukuman. Desakan dilakukan banyak pihak dan Uefa hanya menjawab bahawa ada siasatan susulan dilakukan. Namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil ke atas Man. City.

ZURICH, SWITZERLAND – MARCH 18: FIFA president Gianni Infantino speaks during a press conference after the FIFA executive committee meeting at the FIFA headquarters on March 18, 2016 in Zurich, Switzerland. (Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)
Manchester City dan Infantino nafikan tuduhan liar Der Spiegel

Manchester City memberikan respon kepada tuduhan itu dan menganggap Der Spiegel dengan sengaja mahu merosakkan imej kelab tersebut. Manchester City menafikan ada membuat perjanjian belakang dengan Infantino. Sebaliknya mereka menyatakan mereka merayu secara rasmi kepada Uefa supaya hukuman diringankan.

Manchester City dibebaskan daripada kesalahan Uefa pada 2015 – dan mereka dikembalikan semula £33 juta seperti yang dilaporkan pada musim lalu. Lalu Man. City berpendapat, segala tuduhan liar ke atas mereka adalah tak berasas. Ini kerana Uefa sendiri sudah mengesahkan kelab itu bersih.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 16: General view outside the stadium prior to the Premier League match between Manchester City and Tottenham Hotspur at Etihad Stadium on December 16, 2017 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Namun Der Spigel menganggap Manchester City tidak jujur dalam butiran dana mereka. Hal ini kerana laporan oleh pakar pemasaran – Octagon – menyatakan yang Manchester City menyatakan nilai tajaan mereka secara berlebihan (overstated) sehingga 80%.

Manchester City menganggap Der Spiegel sebagai sedang melakukan ‘konsert’ untuk merosakkan imej mereka. Kenyataan Man. City pada Jumaat lalu menyatakan: “Kami tidak akan memberikan sebarang komen kepada perkara yang di luar konteks – terutama sekali daripada bahan-bahan yang dicuri ataupun digodam.”

Komen itu merujuk kepada satu salinan e-mel yang dihantar oleh Manchester City kepada pihak penaja mereka – Aabar.

Aabar dilaporkan menaja Man. City £15 juta semusim. Namun satu dokumen e-mel dibocorkan oleh Der Spigel menyatakan;
Pada Mei 2010, Pengarah Man. City – Simon Pearce menghantar e-mel peringatan bahawa Aabar perlu membayar sekitar £3 juta seperti yang tertakluk dalam obligasi pada kontrak tajaan mereka.

Dari mana £12 juta lagi? Dalam e-mel yang sama Simon Pearce menyatakan angka itu akan ditanggung oleh Sheikh Mansour. Pearce menafikan hal ini dan memberitahu beliau tidak mahu buang masa komen akan hal yang dilabel oleh Der Spiegel sebagai kebocoran e-mel hasil daripada godaman komputer.

Manchester City mengulangi sekali lagi kenyataan mereka bahawa Der Spiegel cuba merosakkan imej kelab mereka sedangkan mereka sudah disahkan sebagai organisasi yang bersih.

Sementara itu, Gianni Infantino – yang kini menjadi Presiden FIFA – menafikan beliau bermain kotor dalam mencabuli siasatan serta pilih kasih. Beliau berkata: “Tugas saya – ketika itu – memang untuk berbincang dengan banyak pihak, termasuk perbualan, bertukar-tukar dokumen, draf, idea, apa sahaja topik yang sangat banyak.”

“Itulah sebab saya kerap keluar ke banyak tempat. Jika saya hanya duduk di rumah dan tak bercakap dengan sesiapa – macamana saya nak buat kerja? Macamana saya nak sempurnakan tanggungjawab saya?”

“Jika perkara seperti itu digambarkan sesuatu yang teruk – maka tak banya perkara yang saya boleh lakukan dalam tugasan seharian dengan jujur, profesional dan minat dalam bola sepak,” tambahnya lagi.

Der Spiegel sebelum ini menyatakan mereka akan mengedarkan lebih banyak dokumen bukti selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN