Mana Satu Pasukan Kelantan United Yang Sebenarnya?

Baru-baru ini timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila mendapati dua kelab dari negeri Kelantan menggunakan nama yang sama iaitu ‘Kelantan United’ untuk bersaing dalam Liga M3 2019 (divisyen 3).

Menurut sumber, Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC adalah penjenamaan semula kepada Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam & Uresetia Belia dan Sukan (MPKB-BRI Ubes FC) yang telah mendapat kelulusan penuh dari kerajaan negeri.

MPKB-BRI Ubes FC sebelum ini beraksi dalam saingan Piala FAM 2018 dan menduduki tempat ketujuh dalam kumpulan A dan telah bersaing dalam liga divisyen 3 tersebut sejak tahun 2016.

https://www.facebook.com/KelantanUnitedOfficial/posts/1318590831614849?__xts__[0]=68.ARAP8PRl9yFciIY91reJk_nZ7F09TPH0sppCCl5EMhMfDE_hrL0Spft7_lXG0RuYZ9kIXMvIbd5U0yVNwodD9mr68BK2CdGPnpxu-aXGmjvqbd5P441ZNAPI3eMQZiBAEWUiuzESyqhkChQF6hcN55b1K8ZjlZI6TsbaeJeY2IIybuiF3f-HbEOhiMyAoHmsryy7INnVWzX7qaAjn1FI5chWN2QL3EnI_bDfS2rR1rsYt30T3DkwH7Ri1V4KPS3StI1MGviQC9IgT9u8_3zeTGN0wCOPSugp2zobTkLgY7a1uQVu9hDegCJIYLP8eSG3xsNSkGYesPb76skWLnfKoUay-sRZ&__tn__=-R

Walaubagaimanpun, timbul kekeliruan apabila terdapat sebuah lagi pasukan yang menggunakan nama yang sama berada di Lembah Klang untuk aksi persahabatan pra musim dengan membariskan beberapa pemain bintang tempatan.

Antara pemain tersebut ialah bekas pemain skuad kebangsaan seperti Fakri Saarani, Faizat Ghazali, Azidan Sarudin dan lain-lain. Namun kami difahamkan, pasukan tersebut ditaja oleh penaja yang sama pernah menaja Terengganu City FC musim lepas sehingga mengalami masalah kewangan yang serius.

Mengulas mengenai isu tersebut, pegawai Khas kepada Presiden Anas Kharimi Ahmad Thani berkata dalam Utusan Malaysia, masalah itu timbul selepas pihak yang menyatakan hasrat untuk menaja telah cuba campur tangan dalam urusan pengurusan pasukan.

Barisan pemain Kelantan United ketika menentang UKM FC dalam aksi persahatan pra musim semalam. FOTO: Fauzi Mamat TRWCC

“Peringkat awalnya, pihak mahu jadi penaja telah tampil bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri (Wan Roslan Wan Hamat) bagi membincangkan perkara ini. Ketika ini pasukan pengurusan pasukan masih dalam pembentukkan.

“Ketika itu masih belum ada kata putus berkaitan dengan penajaan, namun secara lisan mereka menyatakan setuju untuk menaja. Pihak kami pun tidak memberikan sebarang kata putus berhubung isu ini,” katanya.

Penaja masuk campur dalam pengurusan pasukan

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak yang mahu menjadi penaja cuba campur tangan dalam pengurusan pasukan dan perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Bila perkara ini berlaku, kita telah panggil penaja dan barisan tertinggi pasukan yang dilantik. Ketika itu pihak pengurusan putuskan mana-mana aksi persahabatan yang telah dirancang ditangguhkan sementara waktu.

“Semua perkara ini perlu dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dulu. Namun saya tidak tahu pihak berkenaan membuat laporan atau sebaliknya,” ujarnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram