Man Utd Tak Akan Menang Apa-Apa Dengan Anthony Martial

Anthony Martial bermain seolah-olah beliau langsung tak peduli dengan apa-apa, jelas Jamie O’Hara selepas melihat aksi hambar yang dipamerkan oleh bintang United itu ketika aksi seri 1-1 bertemu Southampton.

Pemain kebangsaan Perancis itu ditandatangani oleh Manchester United dengan yuran perpindahan bernilai £36 juta pada tahun 2015 yang lalu.

Beliau merupakan pemain yang paling teruk dikritik pada ketika ini, kerana sering mempamerkan aksi persembahan tidak menentu dan serba tidak menjadi.

Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol ketika debutnya bertemu Liverpool, Martial sepertinya gagal untuk mempamerkan aksi persembahan seperti apa yang diharapkan.

Pada musim lalu, beliau hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja dalam saingan Premier League, dan jelas sekali itu bukan tahap yang diharapkan oleh kelab untuknya.

Mason Greenwood berjaya menjaringkan gol keduanya untuk United musim ini, selepas diberi kesempatan untuk beraksi dalam dua perlawanan awal liga.

Pemain penyerang muda ini merupakan salah seorang pencabar untuk dicabar oleh Anthony Martial dalam merebut kedudukan sebagai pemain utama skuad.

Greenwood, Marcus Rashford yang ketika ini sedang dibelenggu masalah kecederaan, Jadon Sancho, Edinson Cavani dan Daniel James kesemuanya boleh bermain di posisi Martial.

Melihat kepada persembahan pemain Perancis itu ketika bertemu Southampton, sepertinya sukar untuk beliau mendapat tempat dalam kesebelasan utama United selepas ini.

O’Hara telah mengkritik persembahan United ketika beraksi bertemu The Saint sebelum ini, dan beliau turut mengecam corak persembahan yang ditunjukkan oleh Anthony Martial.

“Saya rasa Manchester United bermain dengan sangat teruk.”

Jelas bekas pemain midfield itu ketika bercakap di studio talkSPORT.

“Mereka sangat lemah dalam usaha untuk menguasai permainan. Ketika di final third, ketika mereka masuk ke kawasan menyerang, mereka tidak membuat hantaran yang tepat.”

“Paul Pogba, saya rasa dia sangat menakjubkan. Dia dominasi permainan. Dia sungguh luar biasa.”

“Tapi Martial memang mengejutkan, satu persembahan yang sangat teruk dari dia.”

“Dia bermain seolah-olah dia tak peduli dia ada atau tidak di atas padang. Ia merupakan satu sikap yang teruk.”

“Ketika saya sering masuk ke padang, saya sangat obses untuk mencuba menjadi pemain yang terbaik di atas padang.”

“Martial bermain seolah dia tak peduli dia bagus atau tak. Ia memang nampak sangat aneh melihat bagaimana dia bermain kerana dia sebenarnya sangat berbakat.”

“Tapi itu tidak cukup bagus, dia sangat jauh ke belakang jika kamu bandingkan dia dengan Lukaku, mereka bagai langit dengan bumi.”

“Ia sangat mengecewakan untuk Manchester United. Jika kamu mahu mencabar kejuaraan dan berfikir kamu akan memenangi liga, kamu perlu berhabis-habisan untuk tewaskan Southampton.”

Komen dari Jamie O’Hara turut disokong oleh Simon Jordan yang kemudian menyatakan:

“Saya melihat aksi dia dalam tempoh dua ke tiga tahun ini, sejujurnya jika kamu terus berharap pada dia, kamu tak akan pernah menang apa-apa.”

“Dia jelas sekali tak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjadi pemain Manchester United, dia tak mampu menggerunkan pasukan lawan.”

“Jika kamu boleh uruskan dia sebagai sebahagian dari skuad dan dia tidak memberi masalah seperti ini, saya rasa orang tak akan pertikai. Semua orang pun tak faham apa dia nak sebenarnya.”

“Saya rasa United perlu memikirkan sesuatu untuk Martial, mungkin jangan turunkan dia sebagai kesebelasan utama terlebih dahulu.”

Para penyokong Manchester United sendiri juga berharap agar pihak kelab tidak menurunkan pemain penyerang itu sebagai kesebelasan utama, dan meminta agar Ole mengubah taktikal dan cara pemilihan pemainnya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN